Rabu, 25 September 2013

Menjawab Abu Zulfiqar - 1.0 - Pengenalan Ringkas


بسم الله الرحمن الرحيم
والصلاة والسلام على محمد الأمين وعلى أنبياء الله والمرسلين
ولا نفرق بين أحد منهم ونحن له مسلمون أما بعد


Wahai kaumku yang dirahmati, lihatlah pengenalan ringkas yang begitu adil, benar-benar ringkas lagi mendamaikan hati bagi pencinta kebenaran, yang telah dibuat oleh Abu Zulfiqar –semoga Allah membukakan pintu-Nya untukku dan dia- 

1.0 Pengenalan Ringkas kepada Nasser Mohamed dan Abdul Aziz M. Nashir
1.0 PENDAHULUAN

Selalu benar kita mendengar pihak-pihak tertentu mengaku sebagai Tuhan, rasul, nabi, Al-Mahdi, Pemuda Bani Tamim, wali dan sebagainya. Kali ini seorang lelaki dari Yaman bernama NASSER MOHAMED mengakui dirinya Al-Mahdi, dan seorang lelaki dari Lombok, Indonesia bernama ABDUL AZIZ MUHAMMAD NASHIR mengakui dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim. Kedua-dua hamba Allah ini saling mengiktiraf. Dari sehari ke sehari mereka semakin rancak mencari pengikut. Benarkah dakwaan mereka? Ataupun mereka tidak lebih hanya salah satu daripada sekian banyak ajaran sesat yang wujud di muka bumi ini?

Tulisan ini dihidangkan dalam bentuk PERBINCANGAN, bukannya ARGUMENTASI. Oleh itu saya akan membincangkan pro dan kontra, menyatakan kecenderungan peribadi saya jika perlu ke atas setiap bahagian itu, dan lebih suka jika pembaca dapat membuat pertimbangan sendiri ke atas maklumat-maklumat yang dihidangkan. Namun begitu di akhir-akhir tulisan ini nanti, pembawaannya akan lebih kepada argumentasi kerana sudah semakin jelas apa yang benar dan apa yang salah. Secara peribadi, setakat ini saya tidak fikir mereka ialah Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim. WAllahua’lam.

Tulisan ini juga dibuat tanpa saya merujuk kepada mana-mana tulisan berkaitan kerana setakat ini saya belum jumpa mana-mana orang yang menghuraikannya dengan panjang lebar. Oleh itu, maklumat-maklumat dalam tulisan ini tidak mustahil mengandungi kelemahan dan kesalahan. Semoga Allah mengurniakan gerak yang baik kepada saya dan anda semua.

Isi kandungan tulisan ini adalah seperti berikut :
1.0  Pendahuluan
2.0  Menilai Pegangan Nasser Mohamed (Al-Mahdi?)
3.0  Menilai Pegangan Abdul Aziz Muhammad Nashir (Pemuda Bani Tamim?)
4.0  Persoalan-persoalan Sampingan (yang dikemukakan oleh orang ramai)
5.0  Perbezaan-perbezaan Antara Al-Mahdi dan Nasser Mohamed
6.0  Cara Penyebaran Dakwah/Dakyah Nasser dan Abdul Aziz
7.0  Hasil Dakwah/Dakyah Nasser dan Abdul Aziz
8.0 Kesimpulan

-selesai-

Pembaca yang dirahmati Allah. Pada bahagian

kita telah tahu serba sedikit tentang Imam Nasser Mohammed Al-Yamani dan pembantu utamanya saudara Abdul Aziz Muhammad Nasir. Sila baca keterangan di blog saudaraku Chilmi Hasbullah –semoga Allah memberkahinya di mana jua dia berada- yang berjudul

[IMAM MAHDI (NASSER MUHAMMAD AL-YAMANI]

Sila baca juga interview ringkas dan padat ini

[WAWANCARA DENGAN IMAM MAHDI]

Sila baca juga ringkasan dari bayan yang pertama kali penulis terjemahkan

[ASAS DAKWAH IMAM MAHDI] 


 بسم الله الرحمن الرحيم

Pernyataan pada perenggan pertama bahagian ini begini,

 Selalu benar kita mendengar pihak-pihak tertentu mengaku sebagai Tuhan, rasul, nabi, Al-Mahdi, Pemuda Bani Tamim, wali dan sebagainya. Kali ini seorang lelaki dari Yaman bernama NASSER MOHAMED mengakui dirinya Al-Mahdi, dan seorang lelaki dari Lombok, Indonesia bernama ABDUL AZIZ MUHAMMAD NASHIR mengakui dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim.

Wahai pembaca yang dirahmati Allah, memang telah berlalu ramai yang mengaku-gaku Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim, mengaku Tuhan seperti Firaun dan ada yang mengatakan 'Aku-lah Al-Haq', seperti yang dinisbahkan kepada Al-Hallaj, Syeikh Siti Jenar dan yang sefaham dengan mereka dan hingga saat ini orang-orang seperti itu masih wujud. ِAkan tetapi, belum pernah ada dalam sejarah dunia, seorang yang menyatakan bahawa dirinya Imam Mahdi, yang dapat menyatakan dengan baik dan logik dari Al-Qur'an, menerangkan peristiwa-peristiwa akhir zaman dengan tafsiran yang dapat difahami dan diterima oleh semua orang, dapat menjawab dan mendebat dengan baik, tegas, tepat dan padat dari Al-Qur'an, belum pernah ada yang dapat melakukan sebegitu kecuali Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani. 


Namun, memang ramai yang akan mendustakannya sebab keyakinan mereka bahawa Al-Mahdi bernama 
'Muhammad bin Abdullah'. 
Jadi tidak hairan ramai yang berpaling, tanpa terlebih dahulu berusaha membaca keterangan-keterangan Nasser Mohammed Al-Yamani dan memikirkannya, menyebabkan mereka tersalah faham terhadap Imam Nasser Mohammed. Tambahan pula, mereka menyakini bahawa Imam Mahdi yang sejati tidak mengetahui bahwa dia adalah Al-Mahdi, jadi inilah keyakinan-keyakinan yang mereka dapatkan dari hadits-hadits Rasulullah SAW, dimana telah bercampur baur antara yang benar dan yang salah.

Apakah dapat diterima oleh akal kalian bahwa Imam Mahdi yang hebat dan menjadi kecintaan Rasulullah SAW itu, merupakan orang yang tidak tahu kediriannya?

Lalu bagaimana Al-Mahdi Al-Muntazar –jika keadaaannya begitu- mahu memimpin umat merealisasikan Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafur, mengembalikan umat ke zaman kegemilangannya sedang dia sendiri tidak dapat petunjuk? Lebih tak masuk akal lagi, kalian semua ini yang berkelompok-kelompok, terpecah-pecah dan dipisahkan oleh sempadan bikinan musuh-musuh kalian, malah kalian semua kelak yang akan 'lebih mengetahui' siapa Al-Mahdi Al-Muntazar, tiba-tiba 'sepakat' melantiknya dan dia akan menolak lalu dipaksa!!? Bagaimana kalian ini, mengapakah kalian tidak memikirkan?? Tunjukkanlah bukti-bukti kalian jika sungguh kalian adalah orang-orang yang benar. 
Baca dan renungkan firman Allah surah Yunus 

 أعوذ بالله من الشيطان الرجيم 

بسم الله الرحمن الرحيم

 قُلْ هَلْ مِنْ شُرَكَائِكُمْ مَنْ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ قُلِ اللَّهُ يَهْدِي لِلْحَقِّ أَفَمَنْ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ أَحَقُّ أَنْ يُتَّبَعَ أَمْ مَنْ لَا يَهِدِّي إِلَّا أَنْ يُهْدَى فَمَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ (35) وَمَا يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّا إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ (36)
وَمَا كَانَ هَذَا الْقُرْآَنُ أَنْ يُفْتَرَى مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ الْكِتَابِ لَا رَيْبَ فِيهِ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ (37)
صدق الله العظيم

Katakanlah: "Apakah di antara sekutu-sekutu kalian ada yang menunjuki kepada kebenaran?" Katakanlah: "Allah-lah yang menunjuki kepada kebenaran". Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali [bila] diberi petunjuk? Mengapa kalian[berbuat demikian]? Bagaimanakah kalian mengambil keputusan? (35) Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (36) Tidaklah mungkin Al Qur’an ini dibuat oleh selain Allah; akan tetapi [Al Qur’an itu] membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkannya, tidak ada keraguan di dalamnya, [diturunkan] dari Tuhan semesta alam. (37)


Jadi, yang benar adalah Imam Mahdi pasti mengetahui dirinya dan dapat membuktikannya. 

Penulis copas pernyataan Abu Zulfiqar

"Kali ini seorang lelaki dari Yaman bernama NASSER MOHAMED mengakui dirinya Al-Mahdi" 

Bagaimana Imam Nasser Mohammed Al-Yamani sampai sanggup mengaku dia Al-Mahdi Al-Muntazar, Khalifatullah lil Bashar kerana setiap yang mengaku, pasti berkemungkinan samaada pengakuan yang Haq, pengakuan yang Batil, pengakuan yang terpaksa, atau pengakuan orang gila. Lalu bagaimana mengetahui yang Haq, jawabnya ketika pengakuan itu disertai bukti-bukti nyata dari Al-Qur'an yang Haq. Sedang pengakuan yang Batil itu, tidak dapat mendatangkan apa-apa bukti, hanya mengikut persangkaan dan mengikut bisikan-bisikan jahat dari syaitan-syaitan. 


Terkait dengan kasus pengakuan oleh Imam Nasser Muhammad Al-Yamani ini, Imam tidak terpaksa mengaku. Dia diperintah untuk menyatakan dirinya. Imam juga tidak gila kerana jika begitu, bagaimana Imam dapat menjawab pertanyaan dengan tepat dari Al-Qur'an, dengan kekuatan hujjah disertai logika mantiq yang dapat dibuktikan dengan ilmiah. Jadi jelas kita perlu uji adakah haq atau batil. Kita perlu tahu dari mana datang keyakinan yang begitu mantap itu, tidak boleh tidak, kita mesti baca keterangan-keterangan Imam, lalu mentadabburi kitab suci Al-Qur'an kerana jawabannya ada di situ.


Baiklah wahai para pencari kebenaran yang dirahmati Allah, secara ringkasnya Imam Nasser mula mendapat tanda melalui mimpi-mimpi –ingat, mimpi yang benar merupakan bahagian dari nubuwwah- dan beliau mengalami penglihatan dan visi yang kuat selama beberapa tahun tentang Rasulullah SAW. Beliau SAW yang memberitahukan kepada Imam Nasser -melalui mimpi dan visinya- bahawa dia adalah Al-Mahdi. Berikut ini beberapa cuplikan dari cerita Imam Nasser tentang mimpinya bertemu Nabi SAW yang menyapanya:

يا ايها المهدي المنتظر
"Wahai Imam Mahdi yang dinantikan kedatangannya"
Rasulullah SAW juga sering menegaskan padanya:

ما جادلك أحدٌ من القُرآن إلّا غلبته
"Tiada seorangpun mendebatmu tentang Al-Quran melainkan engkau pasti mengalahkannya"
Imam Nasser juga menyatakan dalam satu keterangan beliau berupa jawaban kepada seseorang penanya seperti berikut:

وأنا المهدي المنتظر الحق أكرر فأقول إني لم أقل بأني المهدي المنتظر من ذات نفسي بل أفتاني في ذلك جدي محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ولكن محمد رسول الله يعلم بأن الرؤيا لا يبنى عليها حكم شرعي ولذلك جعل بإذن الله برهان التصديق للرؤيا أنه ما جادلني أحد من علماء الأمة من القرآن العظيم إلا غلبته بالحق
"Aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar yang haq. Aku ulangi pernyataan ini dan aku tegaskan bahawa aku tidak mengatakan pengakuan ini dari diriku sendiri, bahkan yang menfatwakan begitu padaku adalah nendaku Muhammad Rasulullah SAW. Namun begitu, Muhammad Rasulullah SAW pasti mengetahui bahawa hukum syar'ii tidak dibangun berdasarkan mimpi, maka kerana itulah Nabi SAW telah menjadikan -dengan izin Allah- bukti pembenaran bagi mimpiku yaitu bahawasanya, tiada sesiapa dari kalangan ulama umat ini yang dapat mendebatku tentang Al-Qur'an yang agung ini kecuali ,pasti aku mengalahkannya dengan kebenaran"

Wahai kaumku yang dirahmati Allah, setelah kalian membaca kisah-kisah Imam Nasser Muhammad Al Yamani bertemu Rasulullah SAW yang bertebaran di dalam keterangan-keterangan beliau yang banyak, maka kalian akan faham mengapa pengakuan seperti itu muncul, dimana sekiranya anda sendiri yang mengalaminya -sering mimpi bertemu Rasulullah dan beliau SAW memerintahkan anda menyatakannya dan membuktikannya dengan mengajak seluruh dunia kembali pada hukum Allah dengan hiwar melalui internet, memberitakan tentang ilmu akhir zaman di Al-Quran- pasti anda akan melakukannya kerana kecintaan dan ketaatan anda kepada Rasulullah SAW. Tambahan pula, Nabi SAW sendiri yang memberi jaminan 

[ما جادلك أحدٌ من القُرآن إلّا غلبته].

 Sudah tentu anda akan bersegera mentaati perintah walaupun nantinya anda akan diketawakan, dituduh gila dan dimusuhi.

Sambungan dari pernyataan Abu Zulfiqar

 "..dan seorang lelaki dari Lombok, Indonesia bernama ABDUL AZIZ MUHAMMAD NASHIR mengakui dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim. Kedua-dua hamba Allah ini saling mengiktiraf. Dari sehari ke sehari mereka semakin rancak mencari pengikut. Benarkah dakwaan mereka? Ataupun mereka tidak lebih hanya salah satu daripada sekian banyak ajaran sesat yang wujud di muka bumi ini?"

Saudaraku Abdul Aziz Muhammad Nasir berketurunan Melayu Lombok, yang lahir di Makkah. Dia termasuk muhaddatsun –orang yang diajak bicara oleh Allah Rabbul 'Izzah- di kalangan umat Muhammad, dimana hatinya merupakan hijab antara dia dan Tuhannya, ketika Dia berkehendak untuk berkata-kata atau menampakkan kepada hamba-hamba pilihanNya, visi-visi tentang peristiwa akan datang. 

Bukankah kalian meyakini berita bahawa sahabat Umar RA termasuk kalangan muhaddatsun, dimana ketika Umar RA berkhutbah dihadapan orang-orang, Tuhannya perlihatkan padanya keadaan gawat tentera Islam yang jauh dari Madinah hinggakan spontan dia memberi arahan kepada para tentera itu. Padahal orang-orang dihadapannya tidak tahu menahu apa yang terjadi. Maklum, Umar RA berkhutbah begitu bersemangat dengan suaranya yang memang  lantang, tiba-tiba nada suaranya berubah lebih tegas dan kuat seakan-akan dia adalah panglima perang yang sedang memberi arahan kepada para tentera. Maa syaa Allaahu kaana wa maa lam yasya' lam yakun wa laa quwwata illaa billaah.


 Al-Muhaddatsun, mereka adalah orang-orang yang Allah pilih. Tidak dengan jalan menuntut ilmu, dan tidak pula dengan jalan kasab. Allah yang memilih hamba-hambaNya yang dikehendaki-Nya, untuk berkata-kata atau hanya memperlihatkan visi pada hamba-Nya, sebagai suatu kemuliaan bagi mereka, suatu peringatan dan berita gembira kepada semua yang beriman pada yang ghaib dan mereka mendirikan sholat dan menafkahkan sebahagian harta yang Allah titipkan kepada mereka. Mari kita baca dan merenungkan kembali firman Allah berikut

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ (51)  
وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (52) صِرَاطِ اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ أَلَا إِلَى اللَّهِ تَصِيرُ الْأُمُورُ (53) 
صدق الله العظيم
[QS42:51-53]

Dan tidak ada bagi seorang manusiapun bahwa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan [malaikat] lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana. (51) Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu [Al Qur’an] dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab [Al Qur’an] dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (52) [Yaitu] jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, bahwa kepada Allah-lah kembali semua urusan. (53)
Dan firman-Nya
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَوَلَّوْا عَنْهُ وَأَنْتُمْ تَسْمَعُونَ (20) وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ قَالُوا سَمِعْنَا وَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ (21) إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ (22) وَلَوْ عَلِمَ اللَّهُ فِيهِمْ خَيْرًا لَأَسْمَعَهُمْ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ (23) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ (24) وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (25)
صدق الله العظيم
[QS8:24]
Hai orang-orang yang beriman, ta’atlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar [perintah-perintah-Nya], (20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang [munafik] yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan. (21) Sesungguhnya binatang [makhluk] yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan bisu yang tidak mengerti apa-apa pun. (22) Kalau kiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar. Dan jika Allah menjadikan mereka dapat mendengar, niscaya mereka pasti berpaling juga, sedang mereka memalingkan diri [dari apa yang mereka dengar itu]. (23) Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan. (24) Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya. (25)

Maha Suci Allah dengan segala firmanNya

Wahai pembaca yang dirahmati Allah, ketahuilah oleh kalian bahawasanya kondisi hati, fikiran, kesukaan dan cita-cita pengikut-pengikut Imam Mahdi di akhir zaman ini, adalah persis sama seperti kondisi hati, fikiran, kesukaan dan cita-cita para sahabat di zaman Rasulullah SAW, juga sama seperti pembantu-pembantu para nabi dan rasul sebelum Muhammad SAW.  Mereka terasing di zaman ini. Jumlah mereka ramai tidak terhitung akan tetapi jika dibandingkan dengan umat-umat dahulu, akan terlihat sedikit. Tsullatum_minal awwaliina wa qoliilum_minal aakhirin. Dan di antara mereka yang qoliil itu ada muhaddatsun, Abdul Aziz merupakan salah seorang dari mereka, jadi kalian jangan hairan jika semua yang Tuhannya katakan dan perlihatkan padanya melalui semua visi yang disaksikannya di Makkah benar-benar jadi kenyataan. 

Contohnya Tsunami yang melanda dahsyat pada 2004, -lihat keterangan berjudul 

Tsunami Acheh

Ianya benar-benar terjadi padahal saudaraku Abdul Aziz telah memberitahukan perkara itu sewaktu di Mekah lagi, berdasarkan visi yang diperlihatkan padanya, jadi hormatilah saudaraku yang telah diusir dari tempat kelahirannya ini, dia dipisahkan dari tempat dia belajar, dijauhkan dari tempat dia tumbuh membesar, tempat dia bermain bersama dengan rakan-rakannya, tempat yang menjadi pusat alam.


Wahai pembaca dari kalangan pencari kebenaran yang dimuliakan Allah. Ketahuilah bahawasanya, pembantu utama Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani dari Timur adalah Abdul Aziz Muhammad Nasir, dia adalah antara pemuda Bani Tamim yang datang dari timur- satu-satunya pendebat arab yang giat dan cerdas di forum. Dia dihormati oleh para ansar Imam yang ada dari seluruh belahan dunia. Apa yang kami lakukan adalah menyampaikan apa yang diperintahkan kepada kami, sekadar yang kami terdaya dan mampu, bukan mencari pengikut. 


 Di forum, kalian dapat mendaftar dan membaca bayan imam sekaligus kalian akan menemukan kebenarannya di situ. Jadi, jelas sekarang wahai pembaca yang budiman, mengapa penulis fitnah ini tertanya-tanya 'benarkah' Abdul Aziz adalah pemuda Bani Tamim. Ini kerana kami berada di suatu lembah dan dia berada di lembah yang lain. Bagi pencari kebenaran yang ingin ke forum dan mendaftar di sana, sila lihat 

Cara Mendaftar

Oleh itu, tolong jangan kurang ajar dengan saudaraku wahai Abu Zulfiqar, demi Allah, selama-lamanya aku akan memusuhimu dan membencimu jika engkau benar dari kalangan syaitan manusia. Namun sekiranya engkau hanyalah dari kalangan orang-orang yang tersesat dari jalan yang lurus, atau dari kelompok orang-orang yang tidak mengetahui,  maka aku dapat memaafkanmu berdasarkan pada pengakuan Imamku:


Ya Allah, sesungguhnya aku ini adalah hamba-Mu. Aku bersaksi kepada-Mu bahawa sesungguhnya aku telah memaafkan dan melupakan kesalahan hamba-hambaMu semuanya, setiap orang yang melakukan kesalahan terhadapku dalam kehidupan dunia ini. 

Ya Allah ampunilah mereka terhadap kezaliman yang mereka lakukan pada hak hamba-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih, kecuali syaitan-syaitan di kalangan mereka ya Allah. 

Putuskanlah perkara di antara aku dan mereka dengan keputusan dan kemenangan dari sisi-Mu dengan kebenaran, kerana Engkaulah sebaik-baik Pembuat Keputusan. 

Semoga keselamatan dan kesejahteraan tetap terlimpahkan ke atas para utusan dan segala puji hanya layak bagi Allah,
Tuhan Semesta Alam.. 


Namun demikian, sekiranya Abu Zulfiqar sadar dan insaf lalu bertaubat kepada Allah atas kekhilafannya, pastilah dia akan membuat PERNYATAAN MAAF untuk disebarkan demi menebus kesalahannya kemudian menghapus segala fitnah yang telah disebarkan kerana menyadari ketelanjurannya.


Apakah dia kelak sombong untuk meminta maaf, atau merasa malu untuk melakukannya –yakni menyebarkan permintaan maafnya kerana dirinya telah dikenali ramai di internat, padahal ianya kebenaran?

Ataukah dia memang tukang fitnah? Suka menyebar kebatilan. Aku khuatir banyak amalan khurafat yang dilakukannya, yakni amalan yang tidak diperintahkan Allah dan Rasul-Nya, hingga dirinya yang malah dikelilingi jinn. Kepada orang-orang yang telah mengkopi paste fitnah ini dan telah terlanjur menyebarkan, 

ingatlah firman Allah

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ (٦)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.


Kita kembali kepada kisah saudaraku yang aku hormati dan muliakan Abdul Aziz Muhammad Nasir. Dia adalah pembantu utama Imam Nasser Mohammed Al-Yamani. Ketika dia mengalami kisahnya yang kontroversi ini pada penghujung 2002, dia bahkan belum tahu tentang Imam Nasser Mohammed Al-Yamani. Dia dipulangkan ke Lombok pada awal 2003,  setelah dia dianggap gila oleh pemerintah Saudi kerana dia mengatakan di Masjidil Haram di hadapan petugas-petugasnya “Aku adalah al-Mahdi Cucu Nabi Ibrahim yang Membangun Ka’bah dan Dimulai dari Sekarang Umat Manusia Telah Memasuki Masa Asyrathulkubro”. Yakni manusia telah memasuki tanda-tanda besar kiamat.

Ketika Imam Nasser Mohammed Al-Yamani muncul sekitar penghujung 2004 dan awal 2005, dengan mengundang para alim-ulama untuk Hiwar (diskusi dan debat) lewat Internet, saudara Abdul Aziz yang telah berada di Indonesia, masih belum tahu tentang Imam yang Allah janjikan dalam visi-visinya dahulu telah muncul, sehinggalah penghujung tahun 2011, betapa gembira dan senang hatinya menemukan Imam yang ditunggu-tunggunya, yang sama persis ciri-cirinya seperti yang Allah beritakan. Sejak itu hingga detik ini, alhamdulillah saudaraku Abdul Aziz masih sihat beraktifitas, dan terus melakukan apa yang kami yakini bersama.

Selanjutnya penulis fitnah ini mengatakan dalam pernyataannya ini

Tulisan ini dihidangkan dalam bentuk PERBINCANGAN, bukannya ARGUMENTASI. Oleh itu saya akan membincangkan pro dan kontra, menyatakan kecenderungan peribadi saya jika perlu ke atas setiap bahagian itu, dan lebih suka jika pembaca dapat membuat pertimbangan sendiri ke atas maklumat-maklumat yang dihidangkan. Namun begitu di akhir-akhir tulisan ini nanti, pembawaannya akan lebih kepada argumentasi kerana sudah semakin jelas apa yang benar dan apa yang salah. Secara peribadi, setakat ini saya tidak fikir mereka ialah Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim. WAllahua’lam.

Wahai Abu Zulfiqar, jika benar seperti yang engkau nyatakan bahawa engkau

"lebih suka jika pembaca dapat membuat pertimbangan sendiri ke atas maklumat-maklumat yang dihidangkan",

lalu mengapa engkau tidak bersikap adil? Mengapa kisah sebenar yang alami oleh Al-Mahdi cucu Nabi Allah Ibrahim –عليه الصلوات والسلام- tidak engkau ceritakan di blogmu? Kad 'pengenalan' yang ringkas sahaja terdapat gambar supaya dikenal. Apakah engkau takut atau tidak suka melihat gambar Imam Nasser Mohammed Al-Yamani dan pembantunya? Wahai pembaca sekalian yang dirahmati Allah, jika benar seperti dugaanku, dialah sesungguhnya yang perlu diobati, kebatilan yang ada dalam dirinya menolak kebenaran yang dibawa oleh Imam Nasser Mohammed Al-Yamani. Buktinya, Abu Zulfiqar tidak menerangkan dengan benar tentang Imam Nasser dan Abdul Aziz, kecuali sedikit, bahkan telah menuduh dan menghina mereka.


Perlu penulis nyatakan di sini bahawa Al-Jannah fil Ardl -Kebun indah yang ada di dalam bumi-, hendaklah dibezakan dengan Jannah Akhirat, dimana Syurga Akhirat, laa yasma'u fiihaa laghwaw walaa ta'tsiiman – Mereka (penghuninya) tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa- sedangkan syurga di dalam bumi merupakan tempat pertama Allah ciptakan Adam dan Hawa, telah terjadi fitnah dimana Iblis dapat melakukan makarnya. 
Sila baca bayan Imam Mahdi di website rasmi

www.mahdi-alumma.com



سلسلة القول المختصر في المسيح الدجال


















سلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين




 bersambung



بسم الله الرحمن الرحيم
ولا نفرق بين أحد منهم ونحن له مسلمون أما بعد

والصلاة والسلام على محمد الأمين وعلى أنبياء الله والمرسلين



sambungan dari 1.0 (a)



Para pembaca dari kalangan pencari kebenaran boleh merujuk bayan yang telah diterjemahkan oleh saudaraku Chilmi Hasbullah, yang berhubungan dengan kebangkitan awal dan akhir dengan judul




Seterusnya penulisan Abu Zulfiqar,

Namun begitu di akhir-akhir tulisan ini nanti, pembawaannya akan lebih kepada argumentasi kerana sudah semakin jelas apa yang benar dan apa yang salah.


Benarkah begitu wahai pembaca? Bukankah malah kebodohan dan kesalahannya yang semakin jelas lagi nyata? Baiklah kita akan sama-sama lihat nanti. Penulis –dengan izin Allah- akan menjawab tuntas seluruh point-point fitnah yang telah dibuat oleh penulis blog ini.


Adapun jika dia di kalangan Ulul Albab, yang mahu menyadari ketelanjurannya, lalu bertaubat kepada Allah dan membuat PERNYATAAN MAAF, baru setelah itu aku akan menerimanya sebagai tamu terhormat. Jika dia tetap bersikeras mengatakan bahawa dia adalah di pihak yang benar, setelah sampai keterangan-keterangan ini padanya, maka kami mengundang dirinya ke forum

 [www.mahdi-alumma.com]

untuk tampil mendebat Imam Nasser Mohammed, dan mendatangkan tafsiran yang lebih tepat, lebih benar dan yang lebih baik dari tafsiran Imam Nasser Mohammed Al-Yamani, jangan hanya menjadi manusia yang tidak bertanggungjawab menulis fitnah lalu meninggalkannya begitu sahaja tanpa berusaha membaca bayan asli Imam, lalu membiarkan tulisan-tulisan berupa fitnah itu di internat untuk bacaan orang-orang awam.


Ini dia pengakuannya

Secara peribadi, setakat ini saya tidak fikir mereka ialah Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim. WAllahua’lam.

Sebenarnya penulis harus berterima kasih kepada penulis blog ini, kerana dari situlah penulis dapat berkenalan dengan Abdul Aziz Muhammad Nasir. Adapun setelah membaca keterangan demi keterangan Imam Nasser Muhammad Al-Yamani, menerjemahkan mana yang terdaya, ternyata banyak kesalahan dan tuduhan membuta tuli dari Abu Zulfiqar, membuatkan jiwaku tidak tenteram mahu menjawabnya akan tetapi saudaraku Abdul Aziz mencegahku berbuat seperti ini. 

Setelah lama penulis perhatikan belum ada yang menjawab, malah ada yang copy paste tanpa memikirkan, maka penulis kembali ke blog fitnah dan lahirlah makalah ini. Melihat kondisi umat yang saling menumpahkan darah, saling berebut harta, tahta dan wanita, di tambah lagi dengan keadaan cuaca yang tak menentu, semakin panas seakan-akan hari melintasnya Nibiru sudah sangat dekat, di tambah lagi dengan tanah yang tiba-tiba muncul setelah gempa dan banyak tanda-tanda lain yang tidak dapat penulis nyatakan semuanya di sini. 

Tambahan pula, keterangan terbaru dari Imam Nasser Mohammed Al-Yamani yang aku baca, ianya ringkas dan padat, namun berdiri bulu tengkukku ketika membacanya, seakan-akan waktunya telah sangat dekat.
Ini keterangan yang aku maksudkan


اللهم قد بلّغت اللهم فاشهد ..


Ya Allah sungguh telah aku sampaikan
Ya Allah saksikanlah ..


بسم الله الرحمن الرحيم، السلام عليكم أحبتي الأنصار السابقين الأخيار في عصر الحوار من قبل الظهور، السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين، وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين..

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, semoga kesejahteraan tetap terlimpahkan kepada para kekasihku, para ansaar yang terdahulu lagi terpilih, di zaman hiwar sebelum zaman kemunculan, semoga keselamatan tetap ke atas kami, dan ke atas hamba-hamba Allah yang sholeh, beserta salam sejahtera ke atas para utusan, segala pujian hanya bagi Allah.


كونوا شهداء على أمّتكم أنّ عذاب الله على الأبواب وعلماء المسلمين والنّصارى واليهود لم يستجيبوا لدعوة الاحتكام إلى الكتاب القرآن العظيم، وأفوّض الأمر الى الله إن الله بصير بالعباد، فانتظروا إني معكم من المنتظرين، وسلامٌ على المرسلين والحمد لله رب العالمين..
______________
Jadilah kalian semua para ansar, sebagai SAKSI bagi umat kalian, bahawa sesungguhnya AZAB ALLAH TELAH DEKAT, sedang ulama kaum muslimin, kaum nasrani, dan ulama kaum yahudi, mereka semua tidak menyahut seruan untuk kembali berhukum dengan KITABULLAH dan aku serahkan urusanku kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan terhadap hamba-hamba-Nya, maka tunggulah kalian, sesungguhnya aku bersama kalian termasuk orang yang menunggu, salam sejahtera ke atas para utusan dan segala puji selayaknya hanya bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
____________

sumber asal:
http://www.mahdi-alumma.com/showthre...254#post116254


Penulis khuatir, jika aku tidak berbuat seperti ini, akan ramai saudara-saudara Islamku yang meraung-raung dan panik menyangka dunia akan kiamat ketika ia muncul nanti. Yang lebih aku risaukan adalah, mereka semua ditipu Dajjal yang akan mengeksploitasi kebangkitan pertama menyatakan bahawa dirinya adalah 'Isa Al-Masih – Sang Penyelamat' yang telah menghidupkan orang-orang yang telah mati ini, kemudian setelah banyak pengikut, dia akan mengatakan dirinya adalah Tuhan, yang telah 'mendatangkan Neraka Nibiru', bagi sesiapa yang ingkar kepadanya lalu dia akan menunjuk Syurga yang ada di dalam bumi ini sebagai 'balasan bagi yang beriman kepadanya'. Padahal tempat itu kepunyaan Allah -Rabbul Masyriqoini wa Rabbul Maghribaini- 


Allah-lah yang akan memerintahkan malaikat mengusir Iblis dari situ kerana telah tamat tempoh penangguhannya. Demi Allah, dia akan dipermalukan dan tewas bersama-sama seluruh bala tenteranya. Allah akan menguatkan Imam Mahdi beserta para pengikutnya dengan sejumlah ahli perang badar, 3 orang penghuni Kahfi dimana mereka adalah para Nabi ditambah 1 Ar-Raqim Isa putera Maryam. Hanya Isa putera Maryam yang hakiki sahaja yang dikurniakan Allah mukjizat menghidupkan orang mati dengan izin-Nya. Isa AS adalah "Dabbah" yang pertama sekali akan dibangkitkan dan berkata-kata. 
Sila perhatikan video berikut



المهدى المنتظر وحقيقة خروج الدابة


Wahai pembaca yang ku kasihi, beritahukan padaku apa pesan Nabi SAW untuk menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal, senjatanya ada pada kalian akan tetapi kalian mengabaikannya. Kebanyakan kalian membacanya hanya kerana ikut-ikutan, dan menganggap tafsiran sedia ada sebagai rujukan paling terpercaya.

Bacalah Surah Al-Kahfi dengan tartil sambil bertadabbur. Mohon petunjuk Allah, sungguh Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan permintaan hamba-hambaNya. Kalian akan dapati bahawa Imam Nasser Mohammed Al-Yamani, benar-benar Imam Mahdi pilihan Allah dan Abdul Aziz Muhammad Nasir adalah Pemuda Bani Tamim, pembantu utamanya dari Timur.

Pada perenggan akhir di atas Abu Zulfiqar menulis
  "WAllahua’lam"
Aneh juga orang ini. Dia mengatakan 
'dan Allah-lah yang lebih tahu'?! 
Padahal dia telah menuduh Allah, dengan mengatakan terhadap Allah dan pilihan Allah dengan sesuatu yang tidak disukaiNya. 

Dia menulis begitu banyak lalu dia menduga bahawa dia telah 'Mensucikan Allah dan Mengagungkan-Nya'. Buka mata hati kalian wahai pembaca-pembaca yang dirahmati Allah dan bacalah firman-Nya, surah Az-Zumar:-

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
وَمَا قَدَرُواْ ٱللَّهَ حَقَّ قَدۡرِهِۦ وَٱلۡأَرۡضُ جَمِيعً۬ا قَبۡضَتُهُ ۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَٱلسَّمَـٰوَٲتُ مَطۡوِيَّـٰتُۢ بِيَمِينِهِۦ‌ۚ سُبۡحَـٰنَهُ ۥ وَتَعَـٰلَىٰ عَمَّا يُشۡرِكُونَ (٦٧)
صدق الله العظيم

Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan. (67)

 Dan firman-Nya – Al-Hajj
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

مَا قَدَرُواْ ٱللَّهَ حَقَّ قَدۡرِهِۦۤ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِىٌّ عَزِيزٌ (٧٤) ٱللَّهُ يَصۡطَفِى مِنَ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةِ رُسُلاً۬ وَمِنَ ٱلنَّاسِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعُۢ بَصِيرٌ۬ (٧٥) يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۗ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرۡجَعُ ٱلۡأُمُورُ (٧٦) يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱرۡڪَعُواْ وَٱسۡجُدُواْ وَٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمۡ وَٱفۡعَلُواْ ٱلۡخَيۡرَ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ ۩ (٧٧) وَجَـٰهِدُواْ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦ‌ۚ هُوَ ٱجۡتَبَٮٰكُمۡ وَمَا جَعَلَ عَلَيۡكُمۡ فِى ٱلدِّينِ مِنۡ حَرَجٍ۬‌ۚ مِّلَّةَ أَبِيكُمۡ إِبۡرَٲهِيمَ‌ۚ هُوَ سَمَّٮٰكُمُ ٱلۡمُسۡلِمِينَ مِن قَبۡلُ وَفِى هَـٰذَا لِيَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيۡكُمۡ وَتَكُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ‌ۚ فَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱعۡتَصِمُواْ بِٱللَّهِ هُوَ مَوۡلَٮٰكُمۡ‌ۖ فَنِعۡمَ ٱلۡمَوۡلَىٰ وَنِعۡمَ ٱلنَّصِيرُ (٧٨

صدق الله العظيم

Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (74) Allah memilih utusan-utusan [Nya] dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (75) Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan semua urusan. (76) Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. (77) Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. [Ikutilah] agama orang tuamu Ibrahim. Dia [Allah] telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu dan [begitu pula] dalam [Al Qur’an] ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sholat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. (78)

Dan firmanNya lagi

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

وَمَا قَدَرُواْ ٱللَّهَ حَقَّ قَدۡرِهِۦۤ إِذۡ قَالُواْ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ عَلَىٰ بَشَرٍ۬ مِّن شَىۡءٍ۬‌ۗ قُلۡ مَنۡ أَنزَلَ ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِى جَآءَ بِهِۦ مُوسَىٰ نُورً۬ا وَهُدً۬ى لِّلنَّاسِ‌ۖ تَجۡعَلُونَهُ ۥ قَرَاطِيسَ تُبۡدُونَہَا وَتُخۡفُونَ كَثِيرً۬ا‌ۖ وَعُلِّمۡتُم مَّا لَمۡ تَعۡلَمُوٓاْ أَنتُمۡ وَلَآ ءَابَآؤُكُمۡ‌ۖ قُلِ ٱللَّهُ‌ۖ ثُمَّ ذَرۡهُمۡ فِى خَوۡضِہِمۡ يَلۡعَبُونَ (٩١)

صدق الله العظيم

Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya di kala mereka berkata: "Allah tidak menurunkan sesuatupun kepada manusia". Katakanlah: "Siapakah yang menurunkan kitab [Taurat] yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, kamu jadikan kitab itu lembaran-lembaran kertas yang bercerai-berai, kamu perlihatkan [sebagiannya] dan kamu sembunyikan sebagian besarnya, padahal telah diajarkan kepadamu apa yang kamu dan bapak-bapak kamu tidak mengetahui [nya]?" Katakanlah: "Allah-lah [yang menurunkannya]", kemudian [sesudah kamu menyampaikan Al Qur’an kepada mereka], biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya (91) – Al-An'aam

Maha Benar Allah

Baiklah, penulis teruskan sedikit lagi untuk selesaikan bahagian ini, di bawah berupa pengakuan jujur penulis

Tulisan ini juga dibuat tanpa saya merujuk kepada mana-mana tulisan berkaitan kerana setakat ini saya belum jumpa mana-mana orang yang menghuraikannya dengan panjang lebar. Oleh itu, maklumat-maklumat dalam tulisan ini tidak mustahil mengandungi kelemahan dan kesalahan. Semoga Allah mengurniakan gerak yang baik kepada saya dan anda semua.

Wahai Abu Zulfiqar, aku katakan padamu jika tiada rujukan yang dapat memuaskanmu, tiada orang yang  dapat menghuraikannya kepadamu, mengapa engkau berani mengupas perkara besar ini tanpa pengetahuan, bukankah lebih baik engkau sendiri ke forum dan baca keterangan-keterangan Imam, lalu dapat membantu kami menyebarkan keterangan-keterangan Imam jika anda telah benar-benar yakin bahawa Imam Nasser Mohammed Al-Yamani adalah Al-Mahdi yang dinanti, kerana telah sampai berita padaku yang mengatakan bahawa dirimu adalah seorang ustaz, yang tentunya boleh berbahasa arab kerana seorang ustaz adalah pengajar agama Islam, tak kiralah belajar dan mengajar di dimensi manapun agama itu, Iman, Islam atau Ihsan, mereka semua menjadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW yang seiring dengan Al-Qur'an, sebagai rujukan utama mereka dimana kedua-duanya dalam bahasa pilihan utama bahasa arab. Bahasa ini adalah bahasa antarabangsa pilihan Allah, bahasa kaum muslimin.

Sekiranya bacaan-bacaanmu tidak menambah padamu melainkan semakin bertambah ingkar, maka sila mendebatnya dan datangkan penjelasan dan tafsir yang lebih tepat dan lebih baik dari bayan Imam. Adapun jika engkau hanya dapat menghujjahnya dalam bahasa Melayu dan Inggris, maka lakukanlah. Kerana para ansar Imam Nasser Mohammed Al-Yamani yang mampu berbahasa Melayu dan Inggris akan menjawabmu 

Insya Allah.

Namun begitu, Abu Zulfiqar telah menulis begitu banyak tanpa masuk ke forum rasmi untuk baca keterangan atau bertanya sama sekali. Pelik.

Copas (copy & paste) terakhir pada bahagian ini,

Isi kandungan tulisan ini adalah seperti berikut :
1.0  Pendahuluan
2.0  Menilai Pegangan Nasser Mohamed (Al-Mahdi?)
3.0  Menilai Pegangan Abdul Aziz Muhammad Nashir (Pemuda Bani Tamim?)
4.0  Persoalan-persoalan Sampingan (yang dikemukakan oleh orang ramai)
5.0  Perbezaan-perbezaan Antara Al-Mahdi dan Nasser Mohamed
6.0  Cara Penyebaran Dakwah/Dakyah Nasser dan Abdul Aziz
7.0  Hasil Dakwah/Dakyah Nasser dan Abdul Aziz
8.0 Kesimpulan

Wahai pembaca yang dirahmati Allah -dengan izin-Nya-  penulis akan kemaskini jawaban-jawaban terhadap point-point yang dinyatakan dari waktu ke waktu, sesuai dengan respon dan maklumat terkini yang penulis dapatkan, kerana penulis yakin bahawa Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazar Nasser Mohammed Al-Yamani, adalah Imam Mahdi yang dimaksudkan oleh baginda Rasulullah SAW dan saudaraku Abdul Aziz Muhammad Nasir adalah kalangan Pemuda Bani Tamim, para pembantu utama Imam Mahdi yang datang dari Timur.

Berikut merupakan kumpulan jawaban

Sebelum penulis tutup bahagian ini, mari kita sama-sama membaca dan merenungkan 'kata kunci' dari saudara kita Abdul Aziz Muhammad Nasir 

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم

لَآ أُقۡسِمُ بِيَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ (١) وَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلنَّفۡسِ ٱللَّوَّامَةِ (٢) أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَلَّن نَّجۡمَعَ عِظَامَهُ ۥ (٣) بَلَىٰ قَـٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُ ۥ (٤) بَلۡ يُرِيدُ ٱلۡإِنسَـٰنُ لِيَفۡجُرَ أَمَامَهُ ۥ (٥) يَسۡـَٔلُ أَيَّانَ يَوۡمُ ٱلۡقِيَـٰمَةِ (٦) فَإِذَا بَرِقَ ٱلۡبَصَرُ (٧) وَخَسَفَ ٱلۡقَمَرُ (٨) وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ (٩) يَقُولُ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذٍ أَيۡنَ ٱلۡمَفَرُّ (١٠)كَلَّا لَا وَزَرَ (١١) إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡمُسۡتَقَرُّ (١٢) يُنَبَّؤُاْ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ (١٣) بَلِ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ بَصِيرَةٌ۬ (١٤) وَلَوۡ أَلۡقَىٰ مَعَاذِيرَهُ ۥ (١٥) لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦۤ (١٦) إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُ ۥ وَقُرۡءَانَهُ ۥ (١٧)فَإِذَا قَرَأۡنَـٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُ ۥ (١٨) ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا بَيَانَهُ ۥ (١٩) كَلَّا بَلۡ تُحِبُّونَ ٱلۡعَاجِلَةَ (٢٠) وَتَذَرُونَ ٱلۡأَخِرَةَ (٢١) وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ نَّاضِرَةٌ (٢٢) إِلَىٰ رَبِّہَا نَاظِرَةٌ۬ (٢٣) وَوُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَاسِرَةٌ۬ (٢٤) تَظُنُّ أَن يُفۡعَلَ بِہَا فَاقِرَةٌ۬ (٢٥) كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ (٢٦) وَقِيلَ مَنۡۜ رَاقٍ۬ (٢٧) وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلۡفِرَاقُ (٢٨) وَٱلۡتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ (٢٩) إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡمَسَاقُ (٣٠) فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ (٣١)وَلَـٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ (٣٢) ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ (٣٣) أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰ (٣٤) ثُمَّ أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰٓ (٣٥) أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى (٣٦) أَلَمۡ يَكُ نُطۡفَةً۬ مِّن مَّنِىٍّ۬ يُمۡنَىٰ (٣٧) ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً۬ فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ (٣٨) فَجَعَلَ مِنۡهُ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ (٣٩) أَلَيۡسَ ذَٲلِكَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحۡـِۧىَ ٱلۡمَوۡتَىٰ (٤٠)

صدق الله العلي العظيم

Aku bersumpah dengan hari kiamat, (1) dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali [dirinya sendiri]. (2) Apakah manusia mengira, bahwa kami tidak akan mengumpulkan [kembali] tulang belulangnya? (3) Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun [kembali] jari jemarinya dengan sempurna. (4) Bahkan manusia itu hendak membuat ma’siat terus menerus. (5) Ia bertanya: "Bilakah hari kiamat itu?" (6) Maka apabila mata terbelalak [ketakutan], (7) dan apabila bulan telah hilang cahayanya, (8) dan matahari dan bulan dikumpulkan, (9) pada hari itu manusia berkata: "Ke mana tempat lari?" (10) Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung! (11) Hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali. (12) Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya. (13) Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri, (14) meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya. (15) Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk [membaca] Al Qur’an karena hendak cepat-cepat [menguasai] nya. (16) Sesungguhnya atas tanggungan Kami-lah mengumpulkannya [di dadamu] dan [membuatmu pandai] membacanya. (17) Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu. (18) Kemudian, sesungguhnya atas tanggungan Kami-lah penjelasannya. (19) Sekali-kali janganlah demikian. Sebenarnya kamu [hai manusia] mencintai kehidupan dunia, (20) dan meninggalkan [kehidupan] akhirat. (21) Wajah-wajah [orang-orang mu’min] pada hari itu berseri-seri. (22) Kepada Tuhannyalah mereka melihat. (23) Dan wajah-wajah [orang kafir] pada hari itu muram, (24) mereka yakin bahwa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat. (25) Sekali-kali jangan. Apabila nafas [seseorang] telah [mendesak] sampai ke kerongkongan, (26) dan dikatakan [kepadanya]: "Siapakah yang dapat menyembuhkan?", (27) dan dia yakin bahwa sesungguhnya itulah waktu perpisahan [dengan dunia], (28) dan bertaut betis [kiri] dengan betis [kanan], (29) kepada Tuhanmulah pada hari itu kamu dihalau. (30) Dan ia tidak mau membenarkan [Rasul dan Al Qur’an] dan tidak mau mengerjakan shalat, (31) tetapi ia mendustakan [Rasul] dan berpaling [dari kebenaran], (32) kemudian ia pergi kepada ahlinya dengan berlagak [sombong]. (33) Kecelakaanlah bagimu [hai orang kafir] dan kecelakaanlah bagimu, (34) kemudian kecelakaanlah bagimu [hai orang kafir] dan kecelakaanlah bagimu. (35) Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja [tanpa pertanggung-jawaban]? (36) Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan [ke dalam rahim], (37) kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya, (38) lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang: laki laki dan perempuan. (39) Bukankah [Allah yang berbuat] demikian berkuasa [pula] menghidupkan orang mati? (40)

Maha Benar Allah






سلام علي المرسلين والحمد لله رب العالمين
 


selesai bahagian1.0
pada hari Khamis 08:00
20Dzul Qa'edah 1434
26September 2013




sebelumnya                             seterusnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wahai kaumku yang dirahmati Allah SWT,
tiadalah seseorang menulis melainkan di sisinya ada malaikat pencatat yang setia..
Maka tulislah demi keredhaan Tuhanmu, demi kebenaran sejati yang dititipkanNya padamu untuk dinyatakan...