Selasa, 15 Oktober 2013

Menjawab Abu Zulfiqar - 3.4 (Tsunami Acheh)


بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة والسلام على النبي الأمين وآله الطاهرين وإخوانه من الأنبياء والمرسلين 
ومن والاهم إلى يوم الدين ولا أفرق بين أحد من رسل وأنا من المسلمين

Wahai pembaca yang dirahmati Allah, perhatikan pemfitnah ini yang meragukan dan mengingkari kisah ini, hanya kerana ilmu pengetahuannya belum dapat meliputi apa yang di alami oleh saudara Abdul Aziz Muhammad Nasir, lantas dia mendustakannya tanpa bertanya kepada yang ahli, tanpa memikirkan sama sekali, kerana dia memang bukan kalangan ulul albab, tetapi kalangan pemfitnah yang SUKA MENCARI-CARI KESALAHAN, mengintai-intai PELUANG untuk dia memfitnah, agar dia masyhur disebut-sebut sebagai pejuang ASWJ, 
haihaata haihaata ya aba jahl,
wa aulaa laka fa aulaa. 

Penulis tidak teragak-agak mengatakan dirinya adalah pemfitnah, pendusta lagi suka kemasyhuran, dengan menuduh serta menghina seseorang yang telah dipilih Allah SWT,

Perhatikan penulisannya ini


3.4 Abdul Aziz Terlihat Jibril dan Tsunami Palsu?
3.4 TSUNAMI DAN JIBRIL
Suatu ketika Abdul Aziz menutup matanya atas arahan sesuatu yang masuk ke dalam dirinya (iaitu Allah). Ketika itu dia terlihat lembaga yang sangat besar bersayap MEMUKUL AIR LAUT dengan sayapnya sehingga air laut bergelombang sedemikian hebatnya. Makhluk besar itu tidak lain ialah Malaikat Jibril. Jibril dengan pantas naik ke langit. Gambaran ini kononnya terbukti apabila pada tahun 2004 berlaku tsunami.

Petikan lengkap pada point ini seperti berikut

Sewaktu dia sampai di Masjidil Haram, Sesuatu Yang Memasuki Dirinya memerintahkannya duduk di belakang Maqom Ibrahim di sebelah timur Ka’bah yang sejajar dengan pintunya pada tengah malam nanti kala itu kira-kira di jam satu. Ketika tiba saatnya, dia pun menghampiri Maqom Ibrahim dan duduk tepat di belakangnya sebagaimana diperintahkan, Sesuatu Yang Memasuki Dirinya berkata kepadanya: “Kamu Adalah Cucu Nabi Ibrahim Yang Membangun Ka’bah, Dia (Ibrahim) Membangun Ka’bah Ini Untukmu” tetapi dia tidak percaya lalu dia bertanya kembali: “Siapa Engkau?” namun Sesuatu Yang Memasuki Dirinya tetap tidak membalas, kemudian dia lanjut bertanya: “Kenapa Engkau Masuk ke Dalam Diriku? Kenapa Bukan Pada Kakakku Yang Tertua?” Sesuatu Yang Memasuki Dirinya menjawab: “Karena Kamu Adalah Anak Yang ke Empat” kemudian Sesuatu Yang Memasuki Dirinya lanjut berkata: “Akan Terjadi Hari Hitam di Tahun 2004” dan dia tidak percaya lalu dia berkata “Aku Tidak Percaya” kemudian Sesuatu Yang Memasuki Dirinya memerintahkannya menutup mata, dia pun menutup mata dengan tangannya” tiba-tiba dilihatnya ada sesuatu yang terbentang luas menyerupai lautan namun airnya berwarna hitam dan awan di langit pun hitam dan seluruh permukaan langit tertutup dengan awan hitam, kemudian terlihat sesuatu yang lain yakni sosok Makhluk yang sangat besar yang bercahaya, dan cahaya yang dipancarkannya sangat terang. Sosok makhluk yang dilihatnhya ternyata mempunyai sayap di sisi kanan dan kiri yang berjejer-jejeran dan sangat banyak sekali.

Sosok makhluk yang dilihatnya turun dengan pelan, kemudian saat akan menyentuh permukaan laut gerakannya sangat cepat, hingga ketika sosok makhluk itu sampai pada permukaan laut, dia (sosok makhluk yang sangat besar) memukul laut itu dengan sekali pukulan maka terjadilah semburan gelombang yang sangat tinggi, sesaat setelah dia kembali ke langit dengan gerakan yang sangat cepat, dan di saat terpukulnya lautan dia (Abdul Aziz) merasakan dorongan yang begitu kencang terjadi dalam darahnya naik sampai ke kepalanya dan terasa darahnya terkumpul di sana, kemudian dia membuka mata sambil berteriak tetapi dengan sedikit menekanya karena jika teriakannya ditumpahkan seluruhnya dari sakit yang dirasakannya dia khawatir akan ada yang mendengar. Kemudian dia berlari meniggalkan tempatnya (Belakang Maqom Ibrahim), sewaktu dia baru saja keluar dari kawasan Masjidil Haram dia diperintahkan oleh Sesuatu Yang Memasuki Dirinya agar kembali ke tempatnya, dia pun mengikuti perintah lalu kembali duduk di belakang Maqom Ibrahim, lalu Sesuatu Yang Memasiki Dirinya berkata lagi kepadanya: “Apakah Sekarang Kamu Percaya?” dia menjawab: “Ya, Ya, Aku Percaya”. 



TERBUKTI KEJADIAN INI BENAR-BENAR BERLAKU PADA 2004, TSUNAMI YANG MELANDA DENGAN GELOMBANG OMBAK YANG LUARBIASA DAHSYATNYA TELAH DIKESAN BERPUSAT DARI LAUTAN YANG BERDEKATAN ACHEH INDONESIA. PERHATIKAN SEJARAH KEJADIAN TSUNAMI ACHEH BERIKUT

Sejarah Kejadian Tsunami
2004 Tsunami Lautan Hindi yang telah melanda Asia Selatan dan Afrika Timur 

Gempa bumi berukuran lebih 9.0 skala Richter terjadi di bawah lantai lautan Hindi berhampiran pulau Sumatara, Indonesia. Gegaran dan gerakan yang sangat kuat menyebabkan lautan bergelora dan rebut yang sangat kuat menuju ke setiap arah. Dalam beberapa jam sahaja ribut tsunami yang menghancurkan itu melandakan persisiran pantai kedua belas Negara di lautan Hindi. 

Ombak tsunami tersebut mencapai ketinggian 15 meter (50 kaki) yang menghanyutkan manisia ke dalam laut, menggelamkan mereka yang di dalam rumah atau di pantai-pantai, dan memusnahkan begitu banyak bangunan di banyak tempat. Tsunami yang telah disebabkan oleh gempa bumi ini telan menghilangkan lebih kurang 216,000 nyawa dalam dua belas Negara (Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand, Malaysia Maldives, Myanmar, Bangladesh, kepulauan Andaman dan Nicobar, Maldives, Seychelles, Somalia, Tanzania, dan Kenya). Negara yang paling teruk dimusnahkan ialah Indonesia, yang mana terdekat dengan tempat utama kejadian. Indonesia kehilangan lebih 100,000 nyawa dengan hampir keseluruhannya adalah daripada kawasan Aceh (Utara kepulauan Sumatera).



Seterusnya pemfitnah yang ingkar lagi sombong ini mencari-cari masalah. Lalu dia pula mereka-reka keterangan agar cerita itu sesuai dengan hawa nafsunya, padahal kita WAJIB BUKA MATA DAN AMBIL PERHATIAN. Perhatikan pemfitnah ini menulis

Di sini ada permasalahan. Jika benar makhluk itu Jibril dan perbuatannya itu mengakibatkan tsunami, lebih sesuai lagi jika Jibril menikamkan sayapnya atau MEMUKUL SAYAPNYA KE DASAR LAUTAN, bukannya ke air laut. Hal ini kerana kita sedia maklum bahawa tsunami itu berlaku hasil GELINCIRAN BUMI DI DASAR LAUT, bukannya air laut bergelombang tiba-tiba kerana ribut taufan atau hentakan sesuatu. Gelinciran bumi di dasar lautan itu telah menghasilkan jurang lalu ia menarik air lautan masuk. Kemudian air lautan terpukul keluar lalu menghasilkan ombak besar.

Maksudnya di sini, perlakuan makhluk besar yang dikatakan Jibril itu tidak bersesuaian dengan sebab-musabab kejadian tsunami. Nampaknya calon Pemuda Bani Tamim ini tidak ada ilmu tentang kejadian tsunami tempoh hari, sehingga dipercayainya tsunami berlaku kerana kocakan air laut.

Perhatikan bagaimana pemfitnah ini menganggap Tsunami Acheh 2004 adalah 'tsunami biasa' yang melanda. Inilah orang yang BUTA MATA HATINYA, lagi pendusta yang banyak memfitnah, lalu menyangka dia berada di atas petunjuk. Bukankah kita sedia maklum bahawa ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadi Tsunami, tidak hanya faktor, "tergelincirnya bumi di dasar laut", bahkan ada faktor-faktor lain yang menyebabkan Tsunami, yang telah disepakati seperti disebabkan oleh gempa bumi yang berpusat di bawah laut, letusan gunung berapi bawah laut, longsor bawah laut, atau hantaman meteor di lautan, yang menyebabkan "ombak besar di pelabuhan" TSUNAMI.

Namun bagi hamba-hamba Allah yang terbuka mata hatinya, dia akan tahu bahawa ada suatu hikmah nyata dibalik peristiwa itu. Perhatikan simulasi kejadian Acheh yang telah membingungkan para Atheist kerana SEBENARNYA ia adalah sekali pukulan kuat dari malaikat -berdasarkan kisah spiritual Abdul Aziz- yang menyebabkan gegaran, dan bukannya gempa bawah laut -seperti sangkaan para atheist dan bukan pula hantaman meteor. Namun ada sesuatu yang terjadi di situ, sebagai peringatan bagi sekalian alam, bahawa mereka telah memasuki SAAT TANDA-TANDA BESAR KIAMAT.

Sila pembaca yang dirahmati Allah perhatikan simulasi kejadian TSUNAMI YANG PALING HEBAT PADA ABAD ini.

الله أكبر
الله أكبر
الله أكبر





Perhatikan bagaimana sekali pukulan yang hebat ini telah mengakibatkan bencana yang tak terlupakan.


Lalu lihatlah satu-satunya 

bangunan 


yang 


TERPELIHARA 


adalah 


MASJID,


SEBAGAI PERINGATAN BAGI

ORANG-ORANG YANG BERTAKWA





Masjid Rahmatullah Lampuuk









Masjid Baiturrahman Ulee Lheue









Masjid Raya Baiturrahman







Penutup penulisan pemfitnah pada bahagian ini




Saya memandang bahagian ini mengurangkan kemungkinan Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani Tamim.


Saya pula memandang bahawa anda wahai Abu Zulfiqar Amsyari,
anda WAJIB BERTAUBAT


سلام على المرسلين 
والحمد لله رب العالمين











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wahai kaumku yang dirahmati Allah SWT,
tiadalah seseorang menulis melainkan di sisinya ada malaikat pencatat yang setia..
Maka tulislah demi keredhaan Tuhanmu, demi kebenaran sejati yang dititipkanNya padamu untuk dinyatakan...