Selasa, 15 Oktober 2013

Menjawab Abu Zulfiqar - 3.6 (Allah Berkata-kata)


بسم الله الرحمن الرحيم
والصلاة والسلام على محمد الأمين وعلى أنبياء الله والمرسلين
ولا نفرق بين أحد منهم ونحن له مسلمون أما بعد


Salam sejahtera kepada para pembaca yang dirahmati Allah SWT, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti yang terbaik dari yang baik. Kita semua telah jelas bahawa Abu Zulfiqar adalah pemfitnah, yang penuh hasad dan dengki, lagi hauskan kemasyhuran. Ini nyata kerana dia telah menulis begitu banyak sehingga penuh satu blog, padahal dia belum membaca keterangan-keterangan Imam Nasser Mohammed Al-Yamani kecuali sedikit, dan bersungguh-sungguh menghina Pemuda Bani Tamim dari nusantara. Pemfitnah ini juga bernafsu untuk membuat-buat judul yang kontroversi, mereka-reka judul yang mengundang fitnah.

Pada bahagian ini, penulis dengan sangat berat hati untuk menyatakan judulnya, terpaksa juga meng'paste'kan FITNAH terhadap ALLAH dan RASUL-NYA.

أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم
أستغفر الله العظيم

Berikut adalah judul yang dibuat oleh orang yang 'beriman'


3.6 Abdul Aziz Anggap Syaitan Sebagai Tuhan

3.6 KEKUATAN TUBUH DAN JIWA
Dalam mimpi melihat tempat yang disalah sangkanya sebagai neraka itu, Abdul Aziz berasa ADA SESUATU YANG MASUK KE DALAM DIRINYA. Kemasukan benda itu membuatkan bahagian dadanya berasa sakit. Benda itu berkata-kata kepada hatinya tanpa henti.

Kemudian Abdul Aziz terjaga, namun benda itu masih ada dalam dadanya dan dadanya masih sakit. Benda itu masih terus berkata-kata. Dia tidak tentu arah lalu berlari ke Masjidil Haram untuk mendapatkan bantuan. Tidak ada seorang pun di Masjidil Haram pada pukul 1 pagi? Memang pelik.

Keadaan itu berterusan sehinggalah tiba waktu Subuh. Apabila azan Subuh berkumandang, benda itu pun berhenti berkata-kata di dalam dadanya. Nampaknya ia takut atau terkesan dengan azan Subuh. Dipendekkan cerita, benda itu tidak lain ialah ALLAH! Begitulah kepercayaan Abdul Aziz, Nasser Mohamed dan para pengikut mereka.

Saya biasa melakukan kerja-kerja seorang mu’allij (perawat perubatan Islam yang lebih menumpu kepada kaedah Tibbun Nabawi, tradisional dan alternatif). Kes seperti yang dialami oleh Abdul Aziz memang biasa kami temui. Ia tidak lain ialah kemasukan jin ke dalam badan.

Jin itu mengaku Allah? Bukan sesuatu yang menghairankan. Jin-jin jenis inilah yang biasa masuk ke dalam tubuh penganut agama Hindu lalu mengaku sebagai Siva (yang Tuhan), Kali (yang juga Tuhan), Batara Guru (Tuhan juga) dan lain-lain. Ia bukan setakat boleh berbicara kepada tuan punya tubuh yang dimasukinya, bahkan kepada orang-orang lain di sekeliling tuan tubuh itu. Orang-orang Hindu percaya itu memang Tuhan sebenar.

Jin jenis ini jugalah yang masuk ke dalam badan sebahagian penganut agama Tao/Buddha lalu mengaku sebagai Tai Shang Lao Jun (Tuhan), Ban Ku Shi (Tuhan juga), Huang Ti (Tuhan juga), Kuan Yin (dewi) dan sebagainya. Penganut agama Kristian tidak terkecuali. Banyak kes berlaku di mana benda dalam badan manusia mengaku sebagai Jesus Christ (Tuhan), Marie (Maryam), Roh Kudus (Tuhan) dan lain-lain. Dan mereka betul-betul percaya itulah Tuhan sebenar, yang berbicara dari dalam tubuh manusia.

Jin-jin yang memainkan peranan seperti ini jenis yang sangat licik. Jumlah mereka mungkin tidak ramai, tapi punya kedudukan/pangkat tinggi di sisi raja mereka iaitu Iblis. Jin jenis inilah yang pernah cuba menyesatkan Syeikh Abdul Qadir Jilani, tapi ia mencuba dari luar tubuh kerana perisai Syeikh Abdul Qadir Jilani kukuh, tak boleh tembus masuk. Jin ini jugalah yang berjaya menyesatkan Barsisa si ahli ibadah, yang juga dilakukannya dari luar tubuh kerana ia tak berupaya menembusi tubuh Barsisa. Apabila jin ini boleh masuk dengan mudah ke dalam dada Abdul Aziz malah menyakitkannya, nampak sangat betapa lemahnya calon Pemuda Bani Tamim kita. Perisai tembus pun masih berkhayal mahu menjadi pemegang panji-panji Al-Mahdi. Awal-awal sudah tewas kepada syaitan, macam mana bung? Kalau diri kuat, jin jenis itu tak mungkin dapat masuk. Jin itu pun pandai, dia pilih tubuh dan jiwa yang lemah, agar mudah dikuasainya.

Cuba tuan-tuan tengok gambar Abdul Aziz yang beredar. Walaupun dia cuba memberikan ‘pose’ yang menarik hati, berusaha untuk memberikan senyuman memikat, dari sudut pandang seorang mu’allij (yang ilmu saya tidaklah banyak pun), jelas nampak DIA SEORANG YANG SEDANG SAKIT. Tubuh dan dirinya tidak sihat sebenarnya. Dia tak dapat menyembunyikan masalah kesihatan jasmani dan rohaninya daripada saya dengan ‘pose’ sebegitu. Sebab itu dalam ajaran Islam, sangat digalakkan agar pihak lelaki melihat muka dan tapak tangan wanita yang hendak dipinangnya terlebih dahulu. Hal ini kerana pada muka dan tapak tangan si wanita sudah ada pelbagai petunjuk tentang keadaan diri si wanita, tidak perlu melihat bahagian-bahagian tubuh yang lain.

Cuba para pembaca tunjukkan gambar Abdul Aziz itu kepada orang-orang yang ahli dalam hal ini (saya tidak ahli, cuma tahu sedikit daripada ilmu itu yang lebih luas), saya yakin, mereka akan mengatakan yang Abdul Aziz sebenarnya sedang sakit jasmani dan rohani juga. Sebaiknya Abdul Aziz dibawa berubat. Jangan pergi kepada seorang sahaja, biar kepada  beberapa orang perawat. InsyaAllah dia boleh disembuhkan.

Saya cuba juga ‘scan’ dari jarak jauh gambar-gambar Nasser Mohamed si Al-Mahdi, tapi gagal dapatkan apa-apa yang kukuh untuk dikongsi.

Hebatnya Abdul Aziz, ALLAH MASUK KE DALAM DIRINYA dan berkata-kata secara langsung kepada dirinya. Nabi Muhammad sendiri tidak begitu melainkan melalui perantaraan Malaikat Jibril. Kalah Nabi Muhammad dengan Abdul Aziz! Bahkan semua nabi kalah kepadanya kerana Tuhan sendiri masuk ke dalam dirinya.

Pada saya, bahagian ini tentunya merudumkan nilai Abdul Aziz untuk menduduki jawatan Pemuda Bani Tamim.


Nampaknya Abu Zulfiqar seorang yang alim tentang jinn, dan dia sangat mengetahui tentang dewa-dewi, lagi 'arif' tentang Allah.
Subhaanahuu wa ta'aala 'uluwwan kabiiran

Dia juga punya ilmu 'scan' yang hebat, TAHNIAH kerana telah mengatakan sesuatu yang hebat untuk dihidangkan pada pembaca.

ALLAH-LAH YANG AKAN MEMBALAS-MU

Penulis tidak mempunyai gambar saudara Abdul Aziz untuk dikongsi di sini, melainkan gambar yang telah DIPANGKAH oleh 'itik-itik sesat'. Taqlid buta tanpa membaca dan memikirkan keterangan-keterangan IMAM MAHDI dan tidak mentadabburi Al-Qur'an, lagi jauh dengan pemahaman yang benar terhadap wahyu Al-Qur'an yang mereka telah jadikannya "MAHJUURA". Apa yang ada di internet adalah gambarnya yang telah di'pangkah' oleh manusia-manusia ajam yang percaya bulat-bulat pemfitnah ini.

Ini gambar saudaraku yang dimaksud, yang masih terpelihara dari editan makhluk pencinta fitnah, tersimpan rapi dalam group kami
IMAM MAHDI DAN PEMUDA BANI TAMIM






Baiklah. Engkau wahai Abu Zulfiqar, dengan penulisanmu ini, secara langsung maupun tidak langsung, engkau sebenarnya mengatakan bahawa yang berkata-kata dengan "ruh dan kalimah" berupa lafaz Al-Qiyamah, lalu menyampaikan pesan-pesan peringatan kepada Abdul Aziz, 
yang berkata-kata padanya

“Akulah Allah Yang Maha Suci dan Agung, Tuhanmu dan Tuhan Semesta Alam”

dan

engkau mengatakan bahawa
yang berkata-kata

“Sampaikanlah Berita Ini Kepada Seluruh Manusia dan Sampaikan Pula Bahwa Umat Manusia Telah Masuk Pada Masa “Asyrathulkubro (Tanda-tanda Besar)”


Sebagai

'SYAITAN'
?!

Kalian semua sebagai pembaca menjadi saksi dan aku pun bersaksi.

Para pembaca yang dirahmati Allah, sekiranya benar yang berkata-kata di dalam dada saudara Abdul Aziz Muhammad Nasir adalah syaitan jinn, 

lalu apa pula keuntungan syaitan jinn itu menunjukkan makhluk besar bersayap memukul air laut?, yang kemudiannya ternyata 
BENAR MENJADI KENYATAAN? 

Mampukah jinn berbuat seperti itu padahal mereka sudah tidak dapat mencuri-curi dengar rahsia langit? 

Kenapa pula jinn memerintahkan Abdul Aziz agar memberitahukan kepada umat manusia bahawa mereka memasuki ASYROOTUL KUBRAA? 

Dapatkah jinn mengetahui berita ghaib atau hanya Allah-lah pemegang kunci-kunci keghaiban?

Mengapa pula jinn dapat menjanjikan kepada Abdul Aziz bahawa kelak dia akan bertemu dengan Al-Mahdi, orang yang dapat menafsirkan Planet Api yang dilihatnya dengan tepat dari Al-Qur'an, yang ternyata beberapa tahun setelah itu Abdul Aziz benar-benar menemukannya? 
Bukankah HANYA ALLAH yang Maha Benar lagi tidak memungkiri janji? 

Alaa la'natullaahi 'alal muftariina 'alallaahi. Afalaa ta'qiluuna ya man yunkiru Qudratallaah!!
Maa lakum kaifa tafhamuun

Ingat, laknat Allah tetap menimpa orang-orang yang mendustakan dan mereka-reka kebohongan terhadap Allah SWT.

Pembaca di kalangan pendukung kebenaran, berikut adalah petikan kalam terakhir oleh yang berkata-kata dari dalam diri Abdul Aziz

“Wahai Cucu Yang Membangun Ka’bah! Beritakan Kepada Keluargamu dan Sampaikan Kabarmu Kepada Nashir Muhammad Bahwa Kamu Telah Menemukannya dan Kasih Tahu Dia di Mana Kamu Berada, Ceritakan pula Kisahmu Kepadanya, Serta Kabarkan Kepada Seleruh Manusia di Bumi Bahwa al-Mahdi Yang Kamu Tunggu Telah Datang dan Planet Api (Saqor) Itu Telah Sangat Dekat dan Sekarang Dia Telah di Pintu, Beritakan Pula Kepada Mereka Siapa Dirimu Sebenarnya, Jangan Ada yang Kamu Tutup-Tutupi, Gemparkan dan Katakan dengan Sebenarnya, Gemparkan dan Katakan dengan Sebenarnya, dan Kasih Tahu Mereka
SIAPA YANG BERBICARA DENGANMU (Mengabarimu)”

-sumber-

Demikianlah Allah, jika DIA menghendaki sesuatu terjadi, maka DIA hanya mengatakan

كن

فيكون


Saudaraku Abdul Aziz telah melaksanakan kewajibannya, beliau dalam keadaan sihat dan hingga kini dia terus menerus menyampaikan berita, menjawab pertanyaan, mendebat para pengingkar dan dia termasuk pembantu Al-Mahdi dari timur yang berbahasa arab fasih, disegani dan dihormati oleh semua ansaar.


Benarkah Allah berkata-kata kepada manusia? Jika ya, dengan cara apa Allah berkata-kata kepada manusia dan bagaimana penjelasannya? 

Bukankah Musa AS adalah orang yang diajak bicara oleh Allah? Musa menyampaikan pesan-pesan penting di mana kedudukannya jelas nyata sebagai Nabi dan Rasul. Jadi untuk selain mereka bagaimana? Untuk menjawab pertanyaan ini, mari kita baca dan renungkan firman-firman Allah yang berikut:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ ٱللَّهُ إِلَّا وَحۡيًا أَوۡ مِن وَرَآىِٕ حِجَابٍ أَوۡ يُرۡسِلَ رَسُولاً۬ فَيُوحِىَ بِإِذۡنِهِۦ مَا يَشَآءُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَلِىٌّ حَڪِيمٌ۬ (٥١) وَكَذَٲلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحً۬ا مِّنۡ أَمۡرِنَا‌ۚ مَا كُنتَ تَدۡرِى مَا ٱلۡكِتَـٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَـٰنُ وَلَـٰكِن جَعَلۡنَـٰهُ نُورً۬ا نَّہۡدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَا‌ۚ وَإِنَّكَ لَتَہۡدِىٓ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٥٢) صِرَٲطِ ٱللَّهِ ٱلَّذِى لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ أَلَآ إِلَى ٱللَّهِ تَصِيرُ ٱلۡأُمُ
صدق الله العظيم
[QS42:51-53]

Dan tidak ada bagi seorang manusiapun bahwa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir atau dengan mengutus seorang utusan [malaikat] lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana. (51) Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu [Al Qur’an] dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab [Al Qur’an] dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (52) [Yaitu] jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, bahwa kepada Allah-lah kembali semua urusan. (53)

Ayat di atas jelas menyatakan bahawa hanya ada 3 cara Allah akan berkata-kata kepada manusia. Penulis telah menyatakan yang demikian pada keterangan-keterangan lalu, di judul 
Ladunni
berikut ini cuplikannya:
Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali  

dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) 
 atau  
dari sebalik hijab (dengan mendengar suara sahaja) 
atau  
dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. 
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana. (51) 
 
وهنا بيّن الله لكم طرق الوحي باليقظة ثلاثةً كما يلي:

Jadi, jelaslah bahawa Allah menyampaikan wahyu kepada hamba-hambaNya dalam keadaan sadar, hanya dengan 3 cara

  1_ {وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا}: فذلك وحي التفهيم المباشر من الرب إلى القلب من غير صوت. تصديقاً لقول الله تعالى:
{فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا}
صدق الله العظيم [الأنبياء:79]


Adapun yang pertama, adalah wahyu tafhim, yakni pemahaman yangAllah masukkan ke dalam hati tanpa suara, lalu Imam membaca potongan ayat 79 surah Al-Ambiya  mafhumnya


 Maka Kami beri Nabi Sulaiman pemahaman terhadap hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang luas)

2_ {أَوْ مِن وَرَاء حِجَابٍ}: وذلك وحي التكليم من وراء حجاب بالصوت.تصديقاً لقول الله تعالى: {وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا}
صدق الله العظيم [النساء:164]

وإنما البيان لقول الله تعالى {تَكْلِيمًا} ويقصد تكليماً بالصوت وليس تكليماً بالتفهيم كونه يوجد وحي التكليم بالتفهيم من الرب إلى القلبولذلك قال الله تعالى:{وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا} صدق الله العظيم، أي بالصوت المسموع بالمناجاة بالنداء من وراء الحجاب. تصديقاً لقول الله تعالى:{وَنَادَيْنَاهُ مِنْ جَانِبِ الطُّورِ الْأَيْمَنِ وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيًّا}
صدق الله العظيم [مريم:52]




Manakala yang kedua pula adalah dari balik hijab, yang merupakan wahyu taklim mendengar suara di balik hijab, juga wahyu taklim bittafhim dari Allah langsung ke dalam hati dengan suara yang dapat didengar, dengan munajat dan panggilan dibalik hijab. Imam memberi contoh wahyu taklim mendengar suara dari belakang hijab seperti nabi Allah Musa AS dengan memetik potongan ayat  164 surah An-Nisaa
yang mafhumnya
dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung) 


dan ayat 52 surah Maryam mafhumnya

 Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata dengan Kami. (52)    

  3_ {أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاء إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ} صدق الله العظيم: وذلك وحي عن طريق إرسال جبريل عليه الصلاة والسلام. تصديقاً لقول الله تعالى:
{يُلْقِي الرُّوحَ مِنْ أَمْرِهِ عَلَى مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ لِيُنذِرَ يَوْمَ التَّلَاقِ}
صدق الله العظيم [غافر:15]



Manakala yang ketiga adalah wahyu yang disampaikan melalui utusan Jibril AS,sesuai firman Allah yang mahfumnya

Dia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (yang telah dipilih menjadi RasulNya), supaya Dia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan, (15)
(potongan ayat 15 surah Al Mukmin)


ولربما يود أن يقاطعني أحد السائلين فيقول: "أفلا تبيّن لنا كيفية طريقة وحي التفهيم من الرب إلى القلب؟" . ومن ثم نردُّ عليه بقول الله تعالى:{فَلَمَّا ذَهَبُوا بِهِ وَأَجْمَعُوا أَن يَجْعَلُوهُ فِي غَيَابَتِ الْجُبِّ ۚ وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ لَتُنَبِّئَنَّهُم بِأَمْرِهِمْ هَـٰذَا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ ﴿١٥﴾}
صدق الله العظيم [يوسف]
 


Lalu Imam menjelaskan cara penyampaian wahyu tafhim, kefahaman yang diterima dari Allah masuk ke dalam hati, sebagai contoh, Imam memetik ayat 15 surah Yusuf yang mafhumnya

Setelah mereka pergi dengan membawanya bersama dan setelah mereka sekata hendak melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang demikian), dan kami pula ilhamkan kepadanya:" Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan terselamat dan) akan memberi tahu mereka tentang hal perbuatan mereka ini, sedang mereka tidak sedar (dan tidak mengingatinya lagi) ". (15)  

وذلك وحي التفهيم من الرب إلى قلب يوسف بن يعقوب من قبل أن يبعثه الله رسولاً، فحين ألقى به إخوته في غيابت الجب أوحى الله إلى قلبه أنه لن يتخلى عنه ولن يضيّعه وأن مكرهم هذا سوف يكون سبب تأويل رؤياه فيعزّه الله ويذلّهم الله فيجدونه فيسألوه الصدقة وهم لا يعلمون أنّه أخوهم يوسف كونه في موقع عزٍ رفيع المستوى، ولذلك لم يتوقعوا أنّه أخوهم يوسف، ولذلك سوف يسألوه الصدقة وهم لا يشعرون أنه أخوهم يوسف إلا حين نبأهم بما صنعوا به في غيابت الجب، وإلى البرهان المبين. قال الله تعالى: {وَجَاءَ إِخْوَةُ يُوسُفَ فَدَخَلُوا عَلَيْهِ فَعَرَفَهُمْ وَهُمْ لَهُ مُنْكِرُونَ}
صدق الله العظيم [يوسف:

58]

Demikianlah contoh wahyu tafhim -pemahaman yang Allah masukkan ke dalam hati Yusufsebelum Allah mengutusnya sebagai seorang rasul. Ketika saudara-saudaranya memasukkannya ke dalam perigi, Allah mewahyukan -wahyu tafhim- ke dalam hati Yusuf bahawa Allah tidak akan meninggalkan dan menyia-yiakan Yusuf, dan bahawasanya makar mereka ini, akan menjadi sebab bagi takwil mimpinya, dimana Allah akan memuliakannya dan menghinakan saudara-saudaranya, ketika mereka datang meminta sedekah kepada Yusuf sedang mereka tidak mengetahui bahawa dia Yusuf, kerana kedudukannya yang mulia lagi berpangkat tinggi. Saudara-saudaranya tidak menyangka sama sekali bahawa orang yang mereka minta itu adalah saudara mereka Yusuf (yangdahulu mereka buang dan tinggalkan dalam perigi), demikianlah mereka kelak akan datang meminta pada Yusuf sedekah dimana mereka tidak menyadari dirinya, kecuali setelah Yusuf sendiri yang memberitahukan kepada mereka tentang perbuatan mereka dahulu, buktinya adalah firman Allah
mahfum ayat

Dan (setelah tiba musim kemarau) datanglah saudara-saudara Yusuf (ke Mesir), lalu masuklah mereka mendapatkannya; Yusuf dengan serta-merta kenal mereka, sedang mereka tidak mengenalnya. (58)  


ولم يشعروا أنه أخوهم يوسف إلا حين سألوه الصدقة في لقاء آخر وهم أذلّة، ومن ثم ذكّرهم بما صنعوا به في غيابت الجب. وقال الله تعالى:
{فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَيْهِ قَالُوا يَا أَيُّهَا الْعَزِيزُ مَسَّنَا وَأَهْلَنَا الضُّرُّ وَجِئْنَا بِبِضَاعَةٍ مُّزْجَاةٍ فَأَوْفِ لَنَا الْكَيْلَ وَتَصَدَّقْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّ اللَّـهَ يَجْزِي الْمُتَصَدِّقِينَ﴿٨٨﴾} 

صدق الله العظيم [يوسف]

وإخوته الأذلة السائلين الصدقة لم يشعروا أن الرجل الذي يسألونه الصدقة أنه أخوهم يوسف إلا حين ذكّرهم بما فعلوا به.
 وقال الله تعالى:{فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَيْهِ قَالُوا يَا أَيُّهَا الْعَزِيزُ مَسَّنَا وَأَهْلَنَا الضُّرُّ وَجِئْنَا بِبِضَاعَةٍ مُّزْجَاةٍ فَأَوْفِ لَنَا الْكَيْلَ وَتَصَدَّقْ عَلَيْنَا ۖ إِنَّ اللَّـهَ يَجْزِي الْمُتَصَدِّقِينَ ﴿٨٨﴾ قَالَ هَلْ عَلِمْتُم مَّا فَعَلْتُم بِيُوسُفَ وَأَخِيهِ إِذْ أَنتُمْ جَاهِلُونَ ﴿٨٩﴾ قَالُوا أَإِنَّكَ لَأَنتَ يُوسُفُ ۖ قَالَ أَنَا يُوسُفُ وَهَـٰذَا أَخِي ۖ قَدْ مَنَّ اللَّـهُ عَلَيْنَا}
صدق الله العظيم [يوسف:88-89-
90]


Mereka sama sekali tidak mengecam Yusuf kecuali ketika mereka datang meminta sedekah pada kali yang lain dalam keadaan hina, lalu Yusuf mengingatkan kepada mereka terhadap perlakuan mereka dahulu meninggalkannya di perigi, 
firman Allah

Maka (bertolaklah mereka ke Mesir, dan) setelah mereka masuk mengadap Yusuf, berkatalah mereka: "Wahai Datuk Menteri, kami dan keluarga kami telah menderita kesusahan (kemarau), dan kami datang dengan membawa barang-barang yang kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran bagi benda-benda makanan negeri ini). Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan mendermalah kepada kami, sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang yang bermurah hati menderma". (88)

 Yusuf berkata: "Tahukah kamu (betapa buruknya) apa yang kamu telah lakukan kepada Yusuf dan adiknya, semasa kamu masih jahil (tentang buruknya perbuatan yang demikian)?" (89)

Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau ini Yusufkah?" Dia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. (90)

وتبيّن لكم البيان الحق لقول الله تعالى {فَلَمَّا ذَهَبُواْ بِهِ وَأَجْمَعُواْ أَن يَجْعَلُوهُ فِي غَيَابَةِ الْجُبِّ وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ لَتُنَبِّئَنَّهُم بِأَمْرِهِمْ هَذَا وَهُمْ لاَ يَشْعُرُونَ} صدق الله العظيم، وتبيّن لكم أنه قد تلقاه يوسف من قبل بوحي التفهيم من قبل أن يبعثه الله رسولاً إلى آل فرعون 
صلى الله عليه وآله وسلم.

Sekarang, jelaslah bayan yang haq terhadap firman Allah

{فَلَمَّا ذَهَبُواْ بِهِ وَأَجْمَعُواْ أَن يَجْعَلُوهُ فِي غَيَابَةِ الْجُبِّ وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ لَتُنَبِّئَنَّهُم بِأَمْرِهِمْ هَذَا وَهُمْ لاَ يَشْعُرُونَ} صدق الله العظيم

Setelah mereka pergi dengan membawanya bersama dan setelah mereka sekata hendak melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang demikian), dan kami pula ilhamkan kepadanya:" Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan terselamat dan) akan memberi tahu mereka tentang hal perbuatan mereka ini, sedang mereka tidak sedar (dan tidak mengingatinya lagi) ". (15)  

ولربما يفرح بهذا البيان أصحاب (حدّثني قلبي) ثم يقولون: "إذاً الإلهام في الصدر إنما هو وحيٌّ من الرب." ومن ثم يرد عليهم الإمام المهدي وأقول:إذا كان في الدّين فربما أنّه وحي التفهيم من الرب إلى القلب ولربما وسوسة شيطانٍ رجيم في الصدر، فاحذروا.. وأما كيف تفرّقون بين وحيّ التفهيم ووسوة الشيطان الرجيم هل هو من الرحمن أم من الشيطان فإذا كان في الدين فلا بدّ من البرهان المبين، وهو أن يأتيكم بسلطان العلم من القرآن على ما علّمه الله به في علم البيان الحق للقرآن مالم فتلك وسوسة من الشيطان وليس وحي من الرحمن فاحذروا..
 


Barangkali orang-orang yang suka mengaku-ngaku bahawa Tuhannya berkata-kata dengannya akan gembira dengan keterangan ini lalu berkata
Jadi, ilham yang masuk ke dada adalah wahyu -tafhim- dari Tuhan. 

Padahal tidak demikian. Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani menjelaskan seperti berikut
Jika berhubungan dengan agama, ada 2 kemungkinan
1- Wahyu Tafhim dari Tuhan Semesta Alam
2-Bisikan Was-was syaitan terkutuk

Lalu bagaimana membezakannya?


Imam memberitahu caranya yaitu jika berhubungan dengan agama, tidak boleh tidak 

mesti ada bukti yang nyata 
(dari Kitabullah) yakni dengan mendatangkan bukti penguasaan dan keluasan ilmu pengetahuan dari Al-Qur'an, dengan bayan -penerangan dan penjelasan- yang haq bagi Al-Qur'an seperti yang telah Allah ajarkan padanya, 
 Jika tidak dapat berbuat demikian, maka ianya adalah dari was-was dan bisikan syaitan, bukan wahyu tafhim dari Tuhan Semesta Alam. 
Maka berwaspadalah.


-selesai cuplikan-
sumber



Jadi, ringkasnya seperti berikut

Allah berkata-kata kepada manusia
Dengan 3 cara

1-     dengan perantaraan wahyu

2-     di balik tabir-HIJAB

3-     mengutus seorang utusan [malaikat]
lalu diwahyukan kepadanya dengan seizin-Nya
apa yang Dia kehendaki



Berhubungan dengan perkara saudara Abdul Aziz Muhammad Nasir Al-Makki ini, TUHANNYA TELAH BERKATA-KATA dengannya melalui cara yang kedua, yakni dibalik tabir atau hijab, dimana HATI Abdul Aziz sebagai wadah yang menerima "lafaz bernyawa", yang merupakan "ruh dan kalimah" yang menggema dalam dirinya melalui hatinya, yang merupakan tabir atau hijab tersebut, yang membatasi antara dirinya dan Tuhannya. Ketahuilah bahawa dia tidak menyatakan bahawa dia melihat Tuhannya, namun hanya pesan amanah sebagai peringatan dan berita gembira untuk umat manusia yang beriman, yang diterimanya dari Tuhannya. 
Firman Allah SWT

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ (24)
 صدق الله العظيم
[QS8:24]

Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kalian akan dikumpulkan. (24)


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3)
مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)

 صدق الله العلي العظيم
[سورة الناس]
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan [yang memelihara dan menguasai] manusia. (1) Raja manusia. (2) Sembahan manusia. (3) dari kejahatan [bisikan] syaitan yang biasa bersembunyi, (4) yang membisikkan [kejahatan] ke dalam dada manusia. (5) dari [golongan] jin dan manusia. (6)

 

Ayat di atas jelas memerintahkan kita berlindung kepada ALLAH, SANG PENGUASA HATI, dari kejahatan bisikan-bisikan syaitan jinn.

Bukankah DZAT yang menguasai dan membolak-balikkan hati ini,
LEBIH BERKUASA berkata-kata di dalam hati hamba-hamba pilihan-Nya jika DIA menghendaki yang demikian?

Bukankah syaitan jinn hanya akan membisikkan kejahatan, dan mereka tidak mengetahui perkara ghaib lagi tidak dapat mencuri-curi dengar berita langit?

Jika demikian, bermakna Abdul Aziz lebih hebat dari para Nabi??
Tidak begitu pengertiannya saudaraku para pembaca yang dirahmati Allah. ABDUL AZIZ HANYALAH DARI KALANGAN MUHADDATSUUN DI AKHIR ZAMAN INI, YANG DIPILIH TUHANNYA UNTUK MENYAMPAIKAN PESAN PENTING, DIMANA TUHANNYA TELAH MEMILIHNYA UNTUK DIPERLIHATKAN VISI-VISI DAN BERKATA-KATA KEPADANYA. DIA TIDAK MEMBAWA WAHYU BARU. AL-MUHADDATSUN HANYA AKAN MENGIKUTI KEBENARAN DARI WAHYU PENGHULU MEREKA MUHAMMAD SAW.
Al-Muhaddats
[اَلْمُحَدَّثُ]
adalah hamba yang dipilih Tuhan, untuk DIA berkata-kata dengan hambaNya, memberi ilham kepadanya, atau sekadar memperlihatkan visi-visi kepadanya, sebagai suatu anugerah dan kemurahan Tuhan terhadap hamba-hambaNya, untuk memberi peringatan dan berita gembira dari ALLAH SWT, bagi orang-orang yang beriman kepada berita wahyu.


Kisah yang Abdul Aziz alami ini sesungguhnya merupakan sebuah tanda, sebuah alamat, sebuah peringatan dan berita gembira –bagi orang-orang yang beriman terhadap yang ghaib dan mereka mendirikan sholat serta mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka- sesuatu yang serius dan perlu disampaikan ke seluruh alam.






سلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين



sebelumnya    seterusnya





4 ulasan:

  1. blog sesat menyesatkan.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen dari tanpa nama sudah lumrah
      menyempitkan hati menaikkan darah
      menuduh manusia lain memang mudah
      namun adakah buktimu di sisi Allah?

      Padam
  2. sesat lagi menyesatkan..laporan ke SKMM

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi-lagi tanpa nama yang suka menuduh dan melapor

      jika menurut logikamu ini 'sesat lagi menyesatkan'
      datangkan hujjah Kitabullah agar kita tahu logikamu benar atau salah

      jangan tahu menuduh sahaja dengan 'tanpa nama', tambahan pula
      ocehanku di sini khas untuk Abu Zulfiqar, umum untuk pembaca yang
      memahami arab dan melayu

      aku tidak memaksa mereka untuk percaya, kerana masing-masing kita
      punya hak untuk berkeyakinan dan berhak juga menyatakan keyakinannya,
      bahkan keyakinan akan sentiasa menyertai hingga kita bertemu Allah kelak

      berhubung di dunia global dengan kemudahan internet ini, tidak salah jika yang punya
      keyakinan menyatakan keyakinannya, selagi mana keyakinan itu tidak bertentangan
      dengan ajaran para Nabi dan Rasul, dan bukan pula yang berupa penghinaan terhadap
      Allah dan Rasul, bukan juga keyakinan merusak yang membawa hasutan untuk membuat
      onar di sesebuah negara hingga dapat menimbulkan huru-hara, tidak pula gerakan untuk
      melakukan aksi terorisme yang menimbulkan keresahan dan ketakutan orang-orang, bukan
      pula untuk merampas hak kepimpinan sedia ada di sesebuah kawasan, jauh, jauh sekali

      maka ketahuilah bahawasanya makalah ini berisi ocehan-ocehan yang bertujuan untuk memadamkan
      api fitnah yang dinyalakan oleh Abu Zulfiqar juga orang-orang yang mengikutinya dan memberi
      kesadaran kepadanya atas kekeliruannya terhadap Imam Naser Mohammed Al-Yamani
      dan Abdul Aziz Muhammad Nasir berdasarkan pada penulisannya,

      kerana setelah aku membaca keterangan-keterangan Imam Naser Mohammed dan
      menerjemahkannya mana yang terdaya, aku semakin yakin bahawa dia menyeru
      dengan seruan kebenaran dan Abu Zulfiqar telah melakukan kekejian dalam menilai Imam

      apapun, jika engkau wahai "tanpa nama" menyatakan ini 'sesat dan menyesatkan'
      sila berikan petunjuk yang ada padamu, tunjukkan siapa Imammu yang engkau persetujui
      untuk memimpin kaum Muslimin seluruh dunia masakini, atau engkau lebih suka jika
      PBB terus mendominasi urusan kaum Muslimin tanpa adanya Khalifah Islam yang
      menyatukan kekuatan dan kekuasaan mereka semua?!

      Ini Imam Naser Mohammed Al-Yamani, menyeru semua manusia kembali berhukum
      kepada Kitabullah Al-Qur'an, kembali kepada Sunnah Muhammad Rasulullah SAW yang hak,
      dengan cara mendatangkan keterangan yang ditulis sendiri oleh Imam untuk seluruh manusia,

      engkau sepatutnya ke website rasmi Imam untuk membaca keterangannya dan kemudian
      ikutlah dia jika engkau mendapatinya bicara kebenaran, atau jika engkau dapati dia berdusta,
      bantahlah dia dengan keterangan yang lebih baik, lebih tepat mengenai Al-Qur'an dan Sunnah
      Nabi yang hak

      lalu datangkan hiwarmu bersama Imam dalam bahasa Arab di forum, dan terjemahkannya ke dalam
      bahasa Melayu agar para pembaca semua dapat mengetahui benar atau tidak Imam Naser Mohammed
      telah dipilih oleh Allah dan telah diberi janji oleh Rasulullah SAW melalui mimpi,

      bahawa jika dia benar Al-Mahdi, maka tiada sesiapa yang dapat mendebatnya
      dan mengunggulinya dalam mendatangkan keterangan yang benar mengenai Al-Qur'an

      dan jika engkau dapat mengalahkan dan mengunggulinya walau hanya dalam
      satu permasalahan, jelas dan nyata bagi semua Imam Naser Mohammed Al-Yamani
      bukan Al-Mahdi yang dinanti,

      namun jika dia lebih unggul dalam mendatangkan keterangan dari Muhkam Kitabullah
      kerana dia benar-benar pilihan Allah, alangkah meruginya kita semua kerana selama ini
      menghina, mengabaikan juga melalaikan perintah-perintah Allah dan Rasul yang nyata
      pada muhkam Kitabullah, serta tidak melaksanakan hukum hakam Allah sepenuhnya
      di negara kita

      lalu bagaimana menurutmu sekiranya objek dari langit yang akan mengakibatkan
      perubahan arah putaran bumi sebagaimana yang diperingatkan oleh Abdul Aziz dan
      Imam Naser Mohammed, benar-benar jadi nyata datang di era kita ini mendekat dengan
      kepanasannya yang luarbiasa sedang kita masih leka?!

      ingatlah, jalan selamat hanyalah dengan kembali kepada Allah,
      bertaubat kepadaNya, kembali berhukum dengan hukum-hakamNya
      Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah yang hak

      Padam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wahai kaumku yang dirahmati Allah SWT,
tiadalah seseorang menulis melainkan di sisinya ada malaikat pencatat yang setia..
Maka tulislah demi keredhaan Tuhanmu, demi kebenaran sejati yang dititipkanNya padamu untuk dinyatakan...