Rabu, 9 Oktober 2013

Menjawab Abu Zulfiqar - 2.10 (Nama AL-MAHDI)

بسم الله الرحمن الرحيمن 

الصلوات والسلام على النبي محمد وعلى إخوانه من الأنبياء والمرسلين وآلهم الطاهرين ومن تبع هدايتهم بإحسان وعلى الإمام المهدي المنتظر ناصر محمد اليماني وأنصاره السابقين الأخيار وعلينا وعلى عباد الله الصالحين إلى يوم الدين ولانفرق بين أحد من رسل ونحن لله مسلمون أما بعد



Bahagian ini termasuk di antara bahagian yang penulis anggap penting, kerana sebelum ini penulis juga mempunyai keyakinan bahawa nama Imam Mahdi adalah 'Muhammad bin Abdullah', sama seperti keyakinan kebanyakkan dari alim-ulama sunni. Ini kerana penulis sewaktu kecil -yakni sebelum baligh- hanya menerima bulat-bulat terjemahan yang dibuat oleh ulama-ulama Melayu silam. Bukan maksudku di sini mahu menyalahkan terjemahan mereka, kerana mereka juga mengikuti apa yang ditinggalkan ulama-ulama silam yang memahami -يواطئ اسمه اسمي- sebagai 'namanya sama/serupa dengan namaku', padahal jumlah -يواطئ اسمه اسمي- ini sebenarnya merupakan sebuah isyarat dari Rasulullah SAW, dan ternyata mereka, yakni ulama Sunni dan Syi'i, walaupun mereka sepakat pada jumlah -يواطئ اسمه اسمي-, akan tetapi mereka berselisih pada maknanya. 

Sunni mengatakan 'Muhammad bin Abdullah' dan Syi'i pula mengatakan 'Muhammad bin Al-Hasan Al-'Askari. Bagaimanapun mereka yakni para alim-ulama silam, mereka telah pun menjalani kehidupan mereka dengan sebaik-baik yang mereka mampu lakukan berdasarkan ilmu pengetahuan dan keimanan mereka, dan mereka juga telah berkhidmat kepada agama serta telah mengorbankan jiwa dan harta mereka di jalan Allah. Tiada celaan bagi mereka. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanan mereka. Allah Maha Mengetahui keadaan mereka dan Dia-lah sebaik-baik yang menghakimi, sebaik-baik yang memberi balasan. Sudah selayaknya aku menghormati para alim-ulama seluruhnya lebih-lebih lagi yang berketurunan bangsaku melayu yang berdaulat ini, mereka telah pergi lebih dahulu meninggalkan kita. Semoga mereka turut bergembira dengan perutusan Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazar Nasser Mohammed Al-Yamani - Pemimpin yang mendapat petunjuk, yang dinanti-nantikan oleh seluruh kaum muslimin, sebagai pembela agama Muhammad SAW-



Wahai pembaca yang dirahmati Allah, sebelumnya, biar penulis copas -copy & paste- tuduhan tak berasas pada bahagian ini seperti di bawah

2.10 Nasser Mohamed Ubah Nama Al Mahdi

2.10 NAMA AL-MAHDI

Nasser Mohamed mengakui dirinya Al-Mahdi, tapi namanya tidak sama dengan nama Al-Mahdi yang diterangkan oleh Rasulullah saw. Kata Nasser Mohamed dan para pengikutnya : “LIHAT ILMUNYA, BUKAN NAMANYA”. Dengan kata-kata ini mereka menolak sama sekali nama yang diberikan oleh Rasulullah saw.
Apabila persoalan ini kita timbulkan, mereka mengambil jalan mudah dengan meletakkan hadith-hadith yang tidak secocok dengan apa yang ada pada mereka sebagai hadith-hadith palsu. Bagaimana mereka tahu semua itu hadith palsu? Hanya melalui kata-kata sang Imam iaitu Nasser Mohamed. Mereka mendakwa yang Nasser Mohamed boleh tahu hadith-hadith palsu, dan kita pula mesti mempercayainya terus secara bertaqlid buta, tidak perlu dibuat kajian lagi.
Mari kita lihat petunjuk-petunjuk yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad saw tentang nama Al-Mahdi :
“Dunia ini tidak akan hancur sehinggalah (muncul) seorang lelaki dari kalangan kaum keluargaku (ahlul bait, keturunanku), yang NAMANYA SEPERTI NAMAKU (iaitu Muhammad), memerintah seluruh bangsa Arab.” (Turmizi)
“Dunia tidak akan kiamat sehinggalah Allah mengutus seorang lelai yang NAMANYA SEPERTI NAMAKU, dan NAMA BAPANYA SEPERTI NAMA BAPAKU.” (Thabrani, Al-Hakim, Abu Syaibah)
“Nama yang dikenakan Al-Mahdi ialah NAMAKU (iaitu Muhammad), perawakannya seperti perawakanku, akhlaknya seperti akhlakku, dan kuniyahnya ialah Abu Abdullah.” (Abu Daud, Abu Nu’aim)
“Bahawasanya Nabi pernah mengatakan tentang bala bencana yang akan menimpa keluarganya sampailah Allah mengutus panji-panji hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya Allah akan menolongnya, dan sesiapa yang menghinanya Allah akan menghinanya. Sehinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang NAMANYA SEPERTI NAMA AKU. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.” (Riwayat Nu’aim bin Hammad) (*Sefaham saya riwayat ini tidaklah kukuh)
Ketiga-tiga riwayat di atas saling menguatkan satu sama lain. Maksudnya, nama Al-Mahdi mestilah antara yang berikut :
1.      Muhammad
2.      Ahmad
3.      Muhammad bin Abdullah
4.      Abu Abdullah Muhammad
5.      Abu Abdullah Ahmad
6.      Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah
7.      Abu Abdullah Ahmad bin Abdullah
8.      Atau sekurang-kurangnya ada Ahmad atau Muhammad pada namanya seperti Ahmad Solihin atau Muhammad Nuruddin.
Tapi nama calon Al-Mahdi dari Yaman ini ialah Nasser. Memang tidak cocok, maka sebagai jalan mudah, terus dikatakan yang hadith-hadith berkenaan sebagai palsu. Tutup cerita.
Secara tidak langsung, NABI MUHAMMAD BERTEGAS MENGATAKAN : “LIHATLAH NAMANYA.” Nasser Mohamed dan pengikut-pengikutnya pula mengatakan : “Jangan lihat namanya.”  Siapa yang kita mahu ikut?
Saya memandang bahagian ini mengurangkan kemungkinan Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi.

-selesai-

Lihatlah wahai pembaca yang dirahmati Allah, menulis nombor perpuluhan sahaja pemfitnah ini tiada ilmu, kecuali sedikit. Lihat bagaimana dia menulis '2.1' dan kemudian ada '2.10' bingung, 2.5 pula tiada. Nampak ber'semangat' besar untuk membela 'kebenaran' yang dia sendiri tak pasti. 

Aku peringatkan dirimu Amsyari, engkau telah menuduh tanpa menyelidiki dan tanpa menanyakan kepada yang ahli, dengan tulisan-tulisan fitnah yang engkau anggap sebagai 'perjuangan membela kebenaran', lalu kebatilan darimu tersebar oleh orang-orang yang tidak memikirkan sepertimu, kerana itu terhadap keyakinanku, penulisan 'Menilai Ajaran Nasser Mohammed' engkau adalah api fitnah yang aku benci dan musuhi.



Tuduhan

"2.10 Nasser Mohamed Ubah Nama Al Mahdi

2.10 NAMA AL-MAHDI

Nasser Mohamed mengakui dirinya Al-Mahdi, tapi namanya tidak sama dengan nama Al-Mahdi yang diterangkan oleh Rasulullah saw. Kata Nasser Mohamed dan para pengikutnya : “LIHAT ILMUNYA, BUKAN NAMANYA”. Dengan kata-kata ini mereka menolak sama sekali nama yang diberikan oleh Rasulullah saw."


Yang benar adalah, Imam Nasser Mohammed Al-Yamani tidak mengubah nama Al-Mahdi, bahkan dia telah menjelaskan dirinya dengan baik lagi mantap, hanya sahaja pemfitnah ini adalah orang ajam yang taqlid buta, jadi hasilnya adalah tulisan-tulisan fitnah yang menjauhkan para pembaca dari kebenaran. Perkataan “LIHAT ILMUNYA, BUKAN NAMANYA” bukan dari Imam, akan tetapi datang dari kisah spiritual yang di alami oleh Al-Muhaddats, saudara Abdul Aziz Muhammad Nasir Al-Makki, dimana melalui visi mimpi yang diperlihatkan kepadanya dan pernyataan agar memperhatikan tanda-tanda Al-Mahdi. Lengkapnya seperti ini, 

“Jangan Lihat Namanya Tapi Lihat Ilmunya dan Nanti Kalau Ada Seseorang Datang dan Memberitakan Dirinya Sebagai Almahdi Almuntazhar Serta Membawa Kabar Tentang Yang Kamu Lihat (Planet Api) dan Dia Menafsirkan Planet Api Itu Dengan Tepat Sebagaimana Yang Terdapat Dalam Alqur’an Maka Itulah Dia” 
- baca selengkapnya kisah penting ini

 [Kisah dan Pengalaman Spiritual Pemuda Pemegang Panji Hitam]

Nama 'Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazar' sesungguhnya adalah nama gelaran, bukanlah nama asli.


Al-Imam membawa maksud SEORANG IMAM/PEMIMPIN
Al-Mahdi bermakna YANG MENDAPAT HIDAYAH/PETUNJUK
Al-Muntazar adalah YANG DITUNGGU-TUNGGU




Jika demikian, Imam Mahdi adalah gelaran bagi seorang pemimpin yang mendapat petunjuk lalu memimpin seluruh bangsa. 
Kita kembali ke kalimah Al-Mahdi - yang mendapat petunjuk-.


Jika 'Al-Mahdi' yang diyakini oleh kebanyakan kaum sunni bahawa 'yang mendapat petunjuk' ini TIDAK MENGETAHUI DIRINYA SENDIRI mendapat petunjuk, lalu bagaimana dia dapat disebut sebagai 'Al-Mahdi', sedang dia samasekali tidak tahu kediriannya?? Kemudian bagaimana pula orang yang tidak mengetahui dirinya sendiri ini dapat memimpin umat? Mengapa kalian tidak memikirkan?



Lalu, dengan cara apa pula 'orang yang tidak mengetahui dirinya sendiri' dapat dilantik menjadi Imam, seterusnya akan dibai'ah oleh seluruh kaum muslimin yang sekarang ini sedang terpecah-pecah menjadi berpuak-puak hingga bunuh membunuh antara satu sama lain? Bukankah jelas yang demikian ini tidak dapat diterima oleh akal sihat, ada apa dengan kalian ini? Kalian sesama Melayu Muslim sahaja begini keadaannya, yang dacing berat sebelah sudah, yang bulan sudah gerhana total,  bagaimana kalian ini membuat keputusan?? 


Wahai kaumku yang dirahmati Allah SWT, dari kalangan ulul albab, perhatikan firman Allah SWT, pada ayat yang paling banyak menyebut tentang "petunjuk", mafhum surah Yunus ayat 35

Katakanlah: "Apakah di antara sekutu-sekutumu ada yang menunjuki kepada kebenaran?" Katakanlah: "Allah-lah yang menunjuki kepada kebenaran". Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali [bila] diberi petunjuk? Mengapa kamu [berbuat demikian]? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan? (35)

Perhatikan perintah Allah SWTKatakanlah: "Allah-lah yang menunjuki kepada kebenaran". Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali [bila] diberi petunjuk? Mengapa kamu [berbuat demikian]? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan? (35)



Bertadabburlah wahai kaumkuMaka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali [bila] diberi petunjuk? Mengapa kamu [berbuat demikian]? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan? (35)



Seorang Khalifah di akhir zaman pilihan Allah yang menerima wahyu tafhim -kefahaman yang haq terhadap Al-Qur'an- sudah tentu dapat menjelaskan rahsia-rahsia dari Al-Qur'an, seperti khalifah pertama Allah Nabi Adam AS, yang dapat memberitahukan kepada malaikat apa yang mereka tiada pengetahuan tentangnya kecuali apa yang telah diajarkan oleh Allah SWT. Begitu jugalah khalifah akhir Imam Mahdi, bahkan lebih sengit kerana musuhnya adalah musuh Adam AS beserta keturunannya, yakni Iblis yang akan muncul di akhir zaman sebagai DAJJAL.


"mereka menolak sama sekali nama yang diberikan oleh Rasulullah saw"


Nama apakah yang diberi oleh Rasulullah SAW? Nama baginda sendirikah? atau Nabi SAW hanya memberi isyarat dan petunjuk terhadap nama Imam Mahdi dengan bersabda

"يواطئ اسمه اسمي"

dan isyarat lain



Rasulullah SAW bahkan tidak pernah memberi nama tertentu kepada Al-Mahdi, baginda SAW hanya memberi petunjuk, supaya kelak Imam Mahdi yang sejati yang akan menyatakan dirinya, untuk membela dan mendukung apa yang dibawa oleh nendanya Rasulullah SAW, dengan bukti-bukti yang tak terbantahkan dari Al-Qur'an. Hadits-hadits yang dinyatakan di atas tidak perlu dikomentari kerana Rasulullah SAW tidak berbahasa Melayu. Masalahnya ada pada memahami makna kalimah 'يواطئ'.




Mari kita dengarkan cuplikan ceramah Imam Salahuddin Ibn Ibrahim, mengenai "nama Imam Mahdi" dalam video ini, 
ihsan dari para ansar Imam


Jelas lagi nyata bahawa nama Imam Mahdi bukan 
Muhammad bin Abdullah
Untuk mengetahui nama sebenar Al-Mahdi, kita perlu perhatikan hadits Rasulullah SAW yang berhubungan dengan nama. Seperti yang penulis nyatakan tadi adalah pada jumlah


يواطئ اسمه اسمي


yakni pemahaman kita terhadap perkataan ini telah salah kerana maknanya bukan 'sama' atau 'serupa' dengan nama Nabi SAW sepertimana yang telah dijelaskan oleh Imam Masjidil Aqsa dalam video di atas, 
lalu apa makna sebenar

واطأ - يواطئ - مواطأة



Apa ertinya?? Jom lihat qamus





Bagaimana ustat Abu!! NAMPAK tidak
makna kalimah

واطأ - يواطئ - مواطأة

???


وفي القاموس المحيط : واطأة على الأمر ، وتواطأه ، وتوطأه ، مواطأة: أي وافقه موافقة
Di kamus Al-Muhith dinyatakan bahawa maknanya adalah
KESEPAKATAN, PERSETUJUAN, PERJANJIAN

 ، وقال ابن الأثير : كأن كلا منهما وطئ ما وطئه الآخر. وقال ابن فارس: "المواطأة: الموافقة على أمر كل واحد لصاحبه" .
Dan Ibnul Atsir berkata: Seakan masing-masing dari kedua-duanya, menempuh atau melalui sesuatu yang seiring. Dan Ibnu Faris berkata: "المواطأة" adalah "الموافقة"
iaitu kesepakatan, persetujuan, perjanjian
terhadap urusan antara satu sama lain

وذكر أبو هلال العسكري ورود المواطأة لغة بمعنى المعاونة ،
فقال: ومالأته ممالأة ، وواطأته مواطأة ، وآزرته مؤازرة ، وساعدته ، وعاضدته : كل 
ذلك إذا أعنته " ، ومثل ذلك قال عبد الرحمن الهمذاني.
dan Abu Hilal Al-'Askari menyebutkan bahawa secara bahasa, المواطأة bermakna المعاونة
yakni KERJASAMA, HAL BANTU-MEMBANTU, TOLONG MENOLONG
Dia mengatakan: 
ومالأته ممالأة
 وواطأته مواطأة
 وآزرته مؤازرة
وساعدته
وعاضدته
 كل ذلك إذا أعنته
dan demikian juga Abdul Rahman Al-Hamzani 
berkata dengan nada serupa. 




نقول 
اسمه يواطئ اسم النبي
اسمه 
يوافق اسم النبي

ا
ومن معنى التواطئ باخذ قول ابو هلال العسكري وعبدالرحمن الهمذاني تاتي بمعنى
 اسمه يؤزار اسم النبي 
اسمه يساعد اسم النبي 
 اسمه يعاضد اسم النبي 
وذلك اسم الإمام المهدي .



 ناصــــــر مـــــــحــــــمد 


Dengan ini kami mengatakan:


يواطئ اسمه اسمي


bermaksud


KESEPAKATAN, KERJASAMA DAN PERJANJIAN 

-NAMA AL-MAHDI- DENGAN NAMA -MUHAMMAD- SAW

Nama IMAM MAHDI


ناصر

NASSER
yang memberi makna pembantu, 
penyokong, 
pengikut, 
pembela,

RASULULLAH


محمد

MOHAMMED

=


{{ناصر محمد}}

PEMBANTU, PENDUKUNG, PENGIKUT, 
PEMBELA RASULULLAH

THE BOOSTER OF PROPHET MUHAMMAD
 صلى الله عليه وآله وسلم


INILAH NAMA IMAM MAHDI YANG SEJATI,
IMAM YANG TELAH ALLAH PILIH UNTUK KALIAN WAHAI KAUM MUSLIMIN,
MARI MENYATAKAN TAAT SETIA PADA IMAM
YANG MENGAJAK KITA KEMBALI BERHUKUM DENGAN KITABULLAH
KEMBALI KE SUNNAH RASULULLAH YANG SEJATI,
MEMIMPIN KALIAN KE KEHIDUPAN HAKIKI,
MENGAJAK KALIAN HANYA MENYEMBAH ILAHI,
MENEMPUH KEMBALI JALAN KENABIAN HAKIKI
MEMBANGUN KEGEMILANGAN DAN KEKUATAN ISLAMI



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

بسم الله الرحمن الرحيم

نٓ‌ وَالۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُوۡنَۙ‏ 

 مَاۤ اَنۡتَ بِـنِعۡمَةِ رَبِّكَ بِمَجۡنُوۡنٍ‌ۚ‏ 

وَاِنَّ لَڪَ لَاَجۡرًا غَيۡرَ مَمۡنُوۡنٍ‌ۚ‏ 

 وَاِنَّكَ لَعَلٰى خُلُقٍ عَظِيۡمٍ‏ 

 فَسَتُبۡصِرُ وَيُبۡصِرُوۡنَۙ‏ 

 بِاَيِّٮكُمُ الۡمَفۡتُوۡنُ‏ 

اِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعۡلَمُ بِمَنۡ ضَلَّ عَنۡ سَبِيۡلِه وَهُوَ اَعۡلَمُ بِالۡمُهۡتَدِيۡنَ‏ 

صدق الله العظيم

Wahai pemfitnah IMAM MAHDI, semoga engkau segera sadar bahawa engkau telah dimusuhi Allah dan Rasul-Nya kerana menghina pilihan-Nya. Jika engkau sadar kebodohanmu dan ketergesaanmu, bertaubatlah selagi Allah masih memberimu kesempatan. Minta maaf kepada hamba pilihan-Nya yang telah engkau hina dan dustakan dalam bahasa Melayu tanpa pengetahuannya, serta pembantu utamanya di wilayah kita, wilayah Melayu Islam Nusantara, Abdul Aziz Muhammad Nasir Al-Makki, yang telah engkau remehkan, 
(walaupun Imam telah memaafkan kesalahan orang yang memfitnahnya), lalu engkau menganggap dirimu lebih utama dari Imam Mahdi beserta para Ansharnya.


Penulisanku adalah untuk pembaca-pembacamu yang telah engkau tanamkan dalam diri mereka bahawa Imam kami 'penipu' seperti yang engkau tulis.


Kami telah mengubah persepsi kami terhadapmu setelah sampai keterangan bahawa Imam kami telah memaafkan pemfitnah-pemfitnahnya, namun bagi penzalim yang tidak bertaubat dan syaitan jinn serta manusia, kami katakan


NERAKA ADALAH SEBURUK-BURUKNYA TEMPAT KEMBALI SEANDAINYA KALIAN MENGETAHUI


Adapun jika engkau malah bertambah angkuh, bertambah sombong dengan ilmu 'perpuluhan' yang engkau punya, masih mahu menyangkal keterangan-keterangan ini, maka



DATANGKAN BUKTIMU JIKA ENGKAU BENAR 
WAHAI AMSYARI!! 


Kepada para pembaca yang mampu berbahasa arab dan dapat memahaminya dengan baik, sila baca sendiri keterangan-keterangan Imam Nasser Mohammed Al-Yamani mengenai tajuk ini. 
Berikut ini adalah link terkait 









https://www.youtube.com/watch?v=7l_vwWpgQmc






سلام قولا من رب الرحيم
وسلام على المرسلين
والحمد لله رب العالمين







4 Dzulhijjah 1434
9 Oktober 2013



sebelumnya                                                     seterusnya







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wahai kaumku yang dirahmati Allah SWT,
tiadalah seseorang menulis melainkan di sisinya ada malaikat pencatat yang setia..
Maka tulislah demi keredhaan Tuhanmu, demi kebenaran sejati yang dititipkanNya padamu untuk dinyatakan...