بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة والسلام على من لا نبي بعده محمد الأمين وعلى آله الطاهرين
و من تبعه ووالاه إلى يوم الدين
Pada bahagian ini, dinyatakan seperti berikut
2.9 Hubungan Nasser Mohamed dan Pemuda Bani Tamim
2.9
HUBUNGAN AL-MAHDI-PEMUDA BANI TAMIM
Nasser Mohamed di Tanah Arab mengakui Abdul
Aziz Muhammad Nashir di Indonesia (Timur) sebagai Pemuda Bani Tamim, dan Abdul
Aziz (Pemuda Bani Tamim) itu juga mengakui Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi. Saling
mengakui antara mereka tentunya dapat menggamit hati sebahagian orang untuk
cenderung mengakui dakwaan mereka berdua.
“Nabi saw sambil memegang tangan
Saiyidina Ali bersabda : “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan
memenuhi bumi ini dengan keadilan (iaitu Al-Mahdi). Maka apabila kamu meyakini
yang demikian itu, hendaklah kamu bersama-sama Pemuda Bani Tamim. Sesungguhnya
dia datang dari sebelah Timur, dan dialah pemegang panji-panji Al-Mahdi.”
(Thabrani) (*Hadith ini bukanlah hadith yang kukuh, maka kisah tentang Pemuda
Bani Tamim memang boleh dipertikaikan kewujudannya)
Namun begitu kita yakin Nasser Mohamed dan
Abdul Aziz tidak akan menggunakan hadith ini kerana mereka lebih berpandukan
Al-Quran sahaja, dan mereka juga beberapa kali menolak hadith-hadith yang sahih
dan Hassan. Maka, hadith dhaif seperti ini tentu sahaja tidak dipandang mereka.
Sekiranya mereka berhujah dengan hadith ini, maka akan jadinya cakap tak serupa
bikin, kerana yang lebih kukuh ditolak dan yang lebih lemah pula diambil.
Sungguhpun begitu, kepada orang lain, hadith
ini menunjukkan hubungan antara Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim, lalu mereka
akan kaitkan dengan hubungan antara Nasser Mohamed dan Abdul Aziz. Oleh itu
saya memandang bahagian ini sedikit-sebanyak menyumbang kepada kemungkinan
Nasser Mohamed sebagai Al-Mahdi.
-selesai-
sebelumnya seterusnya
-selesai-
Baiklah para pembaca yang dirahmati Allah, penulis tidak akan menulis terlalu banyak membuang masaku melayan kebodohan Abu Zulfiqar. Jika tidak kerana khuatir fitnah dari tulisannya, aku tak sudi menyebutkan namanya dalam makalah ini. Si makhluk tukang fitnah yang menampilkan dirinya dengan pakai serban ini tidak nampak hubungan nyata antara Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim dan mempertikaikannya kerana dia memang tidak terhubung alias terputus.
Alhamdulillah, bagi kami para ansar Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani, sudah tidak ada keraguan bahawa Pemuda Bani Tamim dari timur telah muncul dan dia benar-benar termasuk pembantu utama Imam Mahdi seperti yang Rasulullah nyatakan.
Sila bergabung wahai kaum muslimin, agar kalian terhubung dan carilah apa sahaja bukti yang kalian inginkan di Forum Busyro Islamiyah dan Berita Besar
سلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين
sebelumnya seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wahai kaumku yang dirahmati Allah SWT,
tiadalah seseorang menulis melainkan di sisinya ada malaikat pencatat yang setia..
Maka tulislah demi keredhaan Tuhanmu, demi kebenaran sejati yang dititipkanNya padamu untuk dinyatakan...