Selasa, 15 Oktober 2013

Menjawab Abu Zulfiqar - 3.3 (Ruqyah)


بسم الله الرحمن الرحيم
الصلوات والسلام على أنبياء الله والرسل ولانفرق بين أحد منهم ونحن لله مسلمون

Wahai kalangan pembaca yang dirahmati Allah, perhatikan bagaimana orang ini mengingkari sesuatu yang belum datang padanya pengetahuan tentang itu, lalu mencari-cari kesalahan dan mereka-reka kedustaan kemudian menyebarkannya. 
Layakkah seseorang yang beriman kepada Allah membut tajuk seperti ini?


3.3 Allah Takut Azan Subuh?

Ini cara yang digunakan pemfitnah menyebar fitnahnya, demi menarik perhatian pembaca dengan kenyataan fitnah. Lihat kemudian bagaimana orang yang TERNYATA TIDAK MEMBACA KETERANGAN-KETERANGAN, tergesa-gesa penuh hasad dengki ini menulis

3.3 BERHENTI KALA AZAN SUBUH
Sesuatu (yang diyakininya sebagai Allah) yang masuk ke dalam badannya itu membuatkan Abdul Aziz berasa sakit, dan sesuatu itu berkata-kata kepada hatinya “A-Qiamah” berulang kali. Keadaan itu berterusan sehinggalah ke waktu fajar. Apabila azan Subuh berkumandang, sesuatu itu berhenti berkata-kata walaupun sakitnya masih ada.

Sepanjang pengalaman saya merawat orang (saya seorang mu’allij), biasanya yang berhenti membisik atau berkata-kata pada pesakit kala azan dikumandangkan tidak lain ialah jin. Dalam kes Abdul Aziz ini, tak tahulah saya.

TIDAK SEMUA BISIKAN, KATA-KATA ATAU SUARA YANG DI DENGAR HATI ITU, YANG KEMUDIAN BERHENTI APABILA AZAN BERKUMANDANG, 
DAPAT DIKATAKAN SEBAGAI JINN.

WAHAI AMSYARI, ENGKAU KIRA HANYA DIRIMU SEORANGKAH YANG MERAWAT PESAKIT? 
BUKANKAH KELUARGA ABDUL AZIZ SEWAKTU DI MAKKAH, TELAH BERIKHTIAR DAN SYEIKH DI MAKKAH HANYA DIAM, BERMAKNA ABDUL AZIZ SIHAT WAL 'AFIAT.
Lalu engkau menulis

Dalam kes Abdul Aziz ini, tak tahulah saya.

Jika tidak tahu, jangan menulis terlalu banyak, akan semakin bertumpuk kesalahan dan dosa.

Wahai pembaca yang dirahmati Allah, perhatikan petikan dari sumber asal ini

"mereka juga memanggil seorang Syeikh untuk me-Ruqyahnya. Dengan lapang dada dia tidak keberatan melihat seorang Syeikh yang akan meruqyahnya, maka terjadilah pe-Ruqyahan namun Syeikh itu tidak berkata apa-apa setelah me-Ruqyahnya."


Ini merupakan bukti nyata bagi orang-orang yang mahu memikirkan dan mengambil pelajaran, sekiranya JINN –seperti 'tuduhan tersirat' pemfitnah ini, pasti jin tidak akan tenang "Dengan lapang dada dia tidak keberatan" ketika seseorang hamba Allah yang menggunakan perubatan Islam, datang me'ruqyah'nya. Keputusannya, Abdul Aziz sihat wal'afiat kerana "Syeikh itu tidak berkata apa-apa setelah me-Ruqyahnya".

Kemudian pemfitnah menutup bahagian ini

Saya memandang bahagian ini mengurangkan kemungkinan Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani Tamim.

DAN SAYA PULA MEMANDANG ANDA TELAH MEMFITNAH HAMBA-HAMBA PILIHAN ALLAH DALAM BAHASA MELAYU, PADAHAL KEDUA-DUA ORANG YANG ENGKAU FITNAH INI WAHAI AMSYARI BERBAHASA ARAB, BAHASA NABI SAW, BAHASA AL-MAHDI, DAN BAHASA PILIHAN ALLAH UNTUK SEMUA UMAT AKHIR ZAMAN.

DATANGKAN BUKTIMU JIKA ENGKAU BENAR

KAMI UNDANG SEMUA UNTUK KE FORUM KAMI, MEMBACA KETERANGAN DEMI KETERANGAN, WAKTU HIWAR MENDEKATI PENGHUJUNGNYA WAHAI UMAT MUHAMMAD, SEDANG IMAM
PEMBANTU NABI KALIAN TELAH LAMA DATANG DAN PEMBANTU KANANNYA
ADA DI NUSANTARA INI.
BERGEMBIRA DAN BERSYUKURLAH KERANA KITA BERADA DI ZAMAN
AL-MAHDI AL-MUNTAZHAR
KHALIFATULLAH LIL BASYAR





سلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين






sebelumnya                                                          seterusnya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wahai kaumku yang dirahmati Allah SWT,
tiadalah seseorang menulis melainkan di sisinya ada malaikat pencatat yang setia..
Maka tulislah demi keredhaan Tuhanmu, demi kebenaran sejati yang dititipkanNya padamu untuk dinyatakan...