Jumaat, 18 Oktober 2013

Menjawab Abu Zulfiqar - 4.2 (DAJJAL MUSUH AL-MAHDI)

بسم الله الرحمن الرحيم
 الصلاة والسلام على الأنبياء والمرسلين من أولهم إلى خاتمهم صاحب القرآن
 وعلى ناصره صاحب البيان في آخر الزمان ومن تبعهم بإحسان إلى يوم لاتجزي نفس عن نفس شيئا والأمر يومئذ لله المستعان 
وعلينا وعلى عباد الله الصالحين إنا لله وإنا إليه راجعون إن شاء الله آمنون


Salam sejahtera kepada seluruh pembaca yang dirahmati Allah SWT. Pada bahagian ini, akan semakin jelas bahawa pemfitnah ini ternyata tidak membaca keterangan Imam Nasser Mohammed Al-Yamani kecuali sedikit. Lalu tergesa-gesa menuangkan hasil 'kajian'nya yang berat sebelah, tanpa ada penelitian terhadap 
bayan haq lil Qur'an, yang diakui oleh Al-Mahdi.


Berikut judul yang dinyatakan pemfitnah 

4.2 Hubungan Nasser Mohamed Dengan Dajjal?


4.2 DAJJAL
Himpunan persoalan yang dikemukakan, yang berkaitan dengan Dajjal. Soalan-soalan ini ada yang secara lisan dan ada yang dalam bentuk bertulis. Saya susun semula menggunakan perkataan-perkataan saya sendiri untuk


Dari tajuknya sahaja kita telah ketahui bahawa dia adalah pemfitnah, perhatikan ayat yang tak lengkap di atas, ..untuk.. apa?? memfitnah? cari kemasyhuran? Nampak macam enta buat soalan enta yang jawab, tanpa baca keterangan dan jauh dari kebenaran. Dasar pemfitnah.


S - Adakah Nasser Mohamed itu Dajjal?
J – Saya tidak tahu. Boleh jadi ya, boleh jadi bukan. Tapi secara peribadi, setakat ini saya tidak nampak dia sebagai Dajjal. Dia hanyalah orang biasa yang mengaku sebagai Al-Mahdi.


Pemfitnah ini mengatakan tanpa ilmu, maksudnya dia bebal..

ENGKAU KATA

"Dia hanya orang biasa yang mengaku sebagai Al-Mahdi"
??? 

Orang biasa?? Datangkan keterangan-keterangan yang "serupa" dengan keterangan 
Al-Mahdi jika engkau benar wahai Amsyari.

Padahal orang biasa ini telah menjadi luarbiasa, dia adalah pilihan Allah. Sebagai Imam yang membimbing umat akhir zaman dengan bayan yang haq dari Al-Qur'an, yang akan mempersatukan mereka dan menerangkan kepada manusia mana yang benar dan mana yang salah, menjelaskan kepada mereka dan memberikan hukum keputusan kepada mereka pada perkara yang mereka perselisihkan. Imam Mahdi telah mendatangkan keterangan-keterangan dari Al-Qur'an yang tidak pernah sama sekali dinyatakan sebelum ini oleh sesiapa pun dari kalangan ulama, meskipun Imam hanya orang biasa sebelum mendapat amanat dari mimpi, namun tiada ulama dari timur maupun dari barat yang berani untuk hiwar dengannya kerana kekuatan hujjah-hujjahnya.


S – Ada kemungkinan tak Nasser Mohamed ialah Dajjal memandangkan dia berambut keriting, berasal dari Yaman dan Abdul Aziz berasal dari sebuah pulau iaitu Pulau Lombok?
J – Langkah pertama, kita huraikan maksud soalan-soalan yang saya rangkumkan di atas. Berambut keriting ialah salah satu ciri Dajjal. Laut Yaman ialah tempat di mana sahabat Nabi iaitu Tamim Ad-Dari mula belayar. Dalam pelayaran itu dia terjumpa Dajjal di sebuah pulau. Pulau Lombok pula cuba dikaitkan dengan pulau tempat Dajjal itu berada pada zaman Rasulullah itu.

Jawapan saya, mungkin bukan. Perkaitan-perkaitan yang cuba dibuat masih sangat lemah, belum boleh dijadikan hujah.


Tengok pemfitnah dah mula masuk jarum. DAJJAL adalah IBLIS wahai Abu Zulfiqar. Sila baca keterangan-keterangan Imam Mahdi sebelum menyatakan kebenaran tentangnya.


Kepada pembaca yang dirahmati Allah, sila baca bayan rasmi 
Imam Mahdi di forum rasmi 



S – Betulkah anda berjaya menulis sedemikian panjang tentang Nasser dan Abdul Aziz selepas membaca Doa Anti Dajjal? Bukankah ini menunjukkan dia Dajjal?
J – Ceritanya begini……. Ketika mula-mula menulis tentang Nasser dan Abdul Aziz, saya memang kekurangan idea. Namun begitu, saya berusaha juga mengumpul perkataan demi perkataan. Kemudian, secara kebetulan saya terjumpa Doa Anti Dajjal di internet dan datang kemahuan yang sungguh kuat agar saya membacanya. Sebenarnya doa ini memang sudah lama saya ketahui, tapi tidak menjadi amalan saya kerana saya sudah punya amalan harian berupa Amalan Ikhtiar Muslim (yang bersesuaian dengan seorang mu’allij) susunan saya sendiri untuk pagi, petang dan malam, dan Zikir Harian Imam Al-Ghazali sebagai tambahan.




Wah baguslah encik Amsyari, kekurangan idea lalu anda berusaha mengumpul perkataan, dari mana ya perkataan-perkataan itu? Lalu anda 'kebetulan' terjumpa doa anti dajjal, lalu kemudian menceritakan amalan-amalan dirimu, yang engkau banggakan sebagai mu'alij.


Tapi memang benar. Selepas membaca doa itu, tiba-tiba idea datang mencurah-curah. Banyak benda yang saya tidak terfikir tiba-tiba menderu-deru masuk. Sehingga sekarang (11 Ogos 2012), tulisan ini sudah menjangkau 8,000 patah perkataan. Saya menjangkakan ia akan pergi sejauh 15,000 perkataan apabila siap sepenuhnya kelak. Silap-silap lebih daripada itu.


Idea menderu-deru masuk, lalu hasilnya ini semuakah? yang hanya 19% shohih??!! Itu pun kebanyakannya yang shohih adalah Al-Qur'an dan Al-Hadits



Doa yang saya terbaca itu ialah :
“Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau dari seksaan api neraka Jahannam, dan dari seksa kubur, dan dari fitnah ketika hidup dan fitnah setelah mati, dan juga aku berlidung daripada kejahatan fitnah Al- Masih Dajjal.” (Muslim)

Doa ini sesuai dibaca dalam solat selepas bacaan tahiyyat akhir.

Ada satu lagi doa yang sehampir dengannya iaitu :
“Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada azab kubur, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Al-Masih Dajjal…….” (Bukhari, Muslim)


Ya, berdoa bagus. Sila baca Surah Al-Kahfi dan renungkan kisah-kisah di dalamnya, baca keterangan-keterangan Imam Mahdi, yang kebanyakan berita-berita besarnya adalah dari surah tersebut. 
Lalu renungkan adakah Imam bicara kebenaran atau dia seorang pendusta. Mengenai doa, bacalah lafaz arabnya kerana nilainya berbeza, namun jika tidak memahaminya boleh dengan bahasa selainnya.


Baiklah. Sungguhpun fikiran saya jadi lebih terang selepas membaca doa anti-Dajjal, hal ini tidaklah membuktikan Nasser itu Dajjal. Saya tidak fikir dia ialah Dajjal. Kita kena memahami bahawa fitnah Dajjal itu besar lagi luas ertinya. Ia tidak semestinya perkara-perkara yang dilakukan oleh tubuh Dajjal itu sendiri. Maka perkataan yang mungkin sesuai kita gunakan, jika mahu dikaitkan juga dengan Dajjal, ialah apa yang diusahakan oleh Nasser dan para pengikutnya mungkin salah satu daripada FITNAH DAJJAL, bukannya Nasser itu sendiri Dajjal. WaAllahua’lam.


Imam Mahdi adalah penentang yang paling sengit terhadap DAJJAL, kerana IMAM MAHDI dan pembantu-pembantunya para pemuda Bani Tamim berjuang untuk mempersatukan umat, menjelaskan kekeliruan mereka dan menarik mereka ke jalan awal kenabian, mereka berjuang agar terealisasinya REDHA ALLAH DALAM DIRI-NYA TERHADAP HAMBA-NYA, maka mereka menginginkan manusia itu menjadi satu umat yang menyembah Allah, agar Allah redha di dalam diri-Nya terhadap hamba-hamba-Nya. 

Itulah di antara tujuan besar perjuangan mereka, nyata berbeza dengan tujuan-tujuan DAJJAL-Iblis, yakni membawa umat manusia ke kancah kekufuran, supaya lenyap redha Allah terhadap hamba-hamba-Nya, melayakkan mereka mendapat siksa. Jadi, tentu IBLIS telah berazam untuk melawan Al-Mahdi dan seluruh pengikutnya, memandangkan makar yang direncanakan dan dipersiapkannya sekalian lama telah rosak dan diungkapkan dalam bayan-bayan Imam. 


Berikut adalah petikan dari keterangan Imam yang telah penulis terjemahkan, 


Dan sesungguhnya aku Imam Mahdi Nasser Muhammad Al-Yamani; 
aku umumkan tantangan dan cabaran terhadap makar syaitan-
syaitan jin dan manusia, agar mereka menjalankan makar tipudaya 
mereka terhadapku dengan segala helah dan cara; kerana kelak kalian akan lihat pula pembalasan makar dari Allah, yang tidak pernah kalian perkirakan.


Bukankah Allah-lah yang mencukupi hamba-Nya? 
Betapa besarnya kerinduan Imam Mahdi untuk berhadapan dengan 
syaitan-syaitan jin dan manusia, sebagai penentang musuh-musuh Allahdari kalangan syaitan-syaitan jin dan manusia yang paling sengit;bahkan mereka itu -syaitan-syaitan jin dan manusia- memang seharusnya dimasukkan ke dalam neraka. Mereka lebih layak untuk itu kerana, mereka ini bukan sahaja tidak berpuas hati dengan ketiadaan redha Allah terhadap mereka, bahkan mereka berusaha siang dan malamuntuk melenyapkan terealisasinya keredhaan Allah ke atas hamba-hambaNya, dengan membuatkan mereka benci terhadap keredhaanAllah, sehingga Allah menghapus amal-amal mereka.


Adapun terhadap orang-orang yang tersesat, maka aku tidak akan 
menganggap mereka sebagai musuh-musuhku, akan tetapi aku telah 
menjadikan Iblis dan seluruh syaitan jin dan manusia sebagai musuhku. 

Allah Ta'ala berfirman:

{ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَاراً لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأَرْضِ فَسَاداً وَاللهُ لا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ }

صدق الله العظيم 

[المائدة:64]

"Setiap kali mereka menyalakan api peperangan maka Allah memadamkannya, 
dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi, sedangkan Allah tidak menyukai 
orang-orang yang membuat kerosakan"

Maha Benar Allah dengan firmanNya

[المائدة:64]


Dan Allah Ta'ala telah berfirman:

{ يُرِ‌يدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ‌ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّـهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَ‌هُ وَلَوْ كَرِ‌هَ الْكَافِرُ‌ونَ ﴿٣٢﴾ }

صدق الله العظيم

[٣٢-التوبة]

"Mereka berkehendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupunorang-orang yang kafir tidak menyukai"

Maha Benar Allah dengan firmanNya.
[٣٢-التوبة]


Ancaman serta janji Allah telah datang kepada kita. 
Kelak para syaitan itu akan mengetahui siapa di antara kita 
yang memiliki kekuatan dan keberanian yang lebih besar 
dengan izin Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.


Maka janganlah kalian bimbang wahai sekalian pembela - para AnsarAl Mahdi Al Muntazhar, kerana yang demikian itu berada di bawah pengawasan Allah, yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan. Dan tidaklah syaitan-syaitan jin serta manusia memendam dendam dan kedengkian terhadap Imam Nasser Muhammad Al Yamani kecuali hanya kerana dia mengatakan: "Sesungguhnya Tuhanku adalah Allah", lalu mengajak untuk menyembah Allah yang Maha Esa tiada tandingan bagiNya.


Sebagai keputusannya, aku beritahukan kepada mereka terhadap 
perintah Allah kepada kita untuk mengatakan kepada mereka, seperti muhkam dari Al-Qur'an:

{{ قُلْ مُوتُواْ بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ }}

صدق الله العظيم 

[آل عمران-119]

"Katakanlah : 'Matilah kalian kerana kemarahan kalian itu'. 
Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati" 

[آل عمران-119]


Semoga salam tetap terlimpahkan ke atas para rasul, 
dan segala puji-pujian hanya layak untuk Allah, 


Tuhan Semesta Alam


Penentang Paling Keras bagi musuh-musuh dari kalangan syaitan jin dan syaitan manusia,

-Imam Mahdi Nasser Muhammad Al-Yamani-



baca selengkapnya







سلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين






sebelumnya                                                   seterusnya







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wahai kaumku yang dirahmati Allah SWT,
tiadalah seseorang menulis melainkan di sisinya ada malaikat pencatat yang setia..
Maka tulislah demi keredhaan Tuhanmu, demi kebenaran sejati yang dititipkanNya padamu untuk dinyatakan...