بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة والسلام على محمد النبي الأمي وعلى إخوانه من الأنبياء والمرسلين
الصلاة والسلام على محمد النبي الأمي وعلى إخوانه من الأنبياء والمرسلين
وعلى آلهم
الطاهرين الطيبين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
Berikut adalah pernyataan Abu
Zulfiqar Amsyari,
7.0 Kesan2 Buruk Dakyah Nasser Mohamed
dan Abdul Aziz M. Nashir
7.0 HASIL DAKWAH/DAKYAH NASSER DAN
ABDUL AZIZ
7.1 UMAT ISLAM SEMAKIN BERPECAH
Apabila Nasser Mohamed dengan bangganya mengakui dia dan pengikutnya
bukan ASWJ (Sunni), bukan Syiah, bukan Salafi Wahhabi ataupun yang lain-lain,
juga tidak mengikut mana-mana mazhab fiqh, hal ini bermaksud dia lebih
memecah-belahkan umat Islam. Kehadirannya menambahkan satu lagi kumpulan, iaitu
mazhab dan alirannya sendiri yang tidak diberinya nama. Maka untuk memudahkan
kita, saya namakan sebagai Mazhab Nasseri atau Aliran Nasseri. Semakin
berbalahlah umat Islam dan Nasser salah
seorang yang menyemarakkan lagi perbalahan sedia ada.
Wahai pembaca yang dirahmati Allah SWT, Imam Mahdi
datang dengan petunjuk dari Ilaahi, dengan wahyu tafhim menerangkan Al-Qur'an
dengan takwil sejati, Al-Qur'an bil Qur'an. Maka bacalah bayan-bayan Imam Mahdi
sebelum kalian membuat keputusan, sesungguhnya Al-Mahdi telah melarang
mengikutinya dengan taqlid buta. Dia menyeru dan mengajak kalian dengan
Bashiirah Rasuulillaah, dengan hujjah yang kuat dan logik, lagi saling
menguatkan antara satu sama lain.
Imam menyeru semua golongan. Berikut adalah
kumpulan bayan Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani, Imam yang menyeru kaum
muslimin dan umat manusia seluruhnya. Bayan ini dikumpulkan oleh anshar Imam
dan akan ditambah dari waktu ke waktu sesuai pembahagian tajuk-tajuk besarnya.
Imam Mahdi datang untuk menetapkan hukum Allah SWT
yang sejati dari muhkam kitab-Nya, pada segala sesuatu yang diperselisihkan
oleh kaum muslimin. Bukankah kalian menginginkan
منهاج النبوة
الأولى
Jalan Awal Kenabian
??
Imam Mahdi juga menyeru
manusia menjadi umat yang satu di bawah pemerintahan yang paling adil pernah
tercatat dalam sejarah manusia, yang diwarisinya dari nendanya Muhammad
Rasulullah SAW, berdasarkan keterangan-keterangan yang benar dari Al-Qur'an
yang haq.
Maka bacalah bayan yang Allah
janjikan di akhir zaman, bayan asal dari Al-Qur'an di pena Al-Insaan yang
dijanjikan-Nya. Maka kalian akan dapati keterangan-keterangan Imam Mahdi, bagai
nur 'alaa nuur. Dialah Nuun
(ن)
Lambang dan rumus bagi Al-Mahdi
di akhir zaman, yang disumpah oleh Allah SWT pada surah Al-Qalam, cucu pembela nendanya
Rasulullah SAW diakhir zaman, khalifah yang Allah pilih untuk menyatukan kaum
muslimin.
7.2 KERJA-KERJA MUSUH-MUSUH ISLAM
SEMAKIN MUDAH
Musuh-musuh Islam mengucapkan : “Terima
kasih Nasser dan Aziz. Kerja-kerja anda berdua sangat memuaskan hati kami.”
7.3 PENGHINAAN KEPADA SELURUH ULAMA ASWJ DULU DAN SEKARANG
7.4 LAHIRNYA MAZHAB FIQH BAHARU, IBADAH PENGIKUT JADI
TUNGGANG-LANGGANG
7.5 MENAIKKAN SAHAM PUAK ANTI-HADITH
Bahkan
bayan-bayan Imam Mahdi sangat digeruni dan diwaspadai oleh musuh-musuh Allah
kerana mereka lebih tahu siapa yang akan melawan dan memerangi mereka hingga
titisan darah terakhir. Kerana itu, tidak semua pertanyaan di forum akan
dijawab dengan tuntas, melainkan berperingkat dan bertahap, kerana tidak semua
yang masuk di forum dan berdaftar di situ adalah pembantu Imam, bahkan manusia
dan syaitan juga turut hadir di forum.
Sesiapa yang kalian dapati di forum pada namanya terdapat gelaran
(من الأنصار
السابقين الأخيار)
Maka, mereka
adalah para pembantunya
Para Pemuda
Bani Tamim
dan
orang-orang yang mencintai mereka dan mengikuti mereka
Al-Mahdi
tidak menghina sesiapa, kecuali musuh-musuh Allah dari syaitan jinn dan
manusia, bahkan Imam tidak pernah menyatakan "tsiqoh" atau tidak
"tsiqoh"nya para perawi, Imam Mahdi menjelaskan dan menyatakan
kesalahan-kesalahan para alim-ulama kaum muslimin dari Kitabullah, lantaran itu
Imam Mahdi tidak membiarkan mereka, malah mereka semua diseru untuk kembali
berhukum dengan Kitabullah, kerana itu Imam mengundang mereka hiwar, demi
membuktikan dia adalah Al-Mahdi, dimana tiada seorang pun yang mampu
mendebatnya mengenai Al-Qur'an ini melainkan pasti dipatahkannya dengan
Al-Qur'an.
Sesuai janji
nendanya Rasulullah SAW.
Sebenarnya
bukan lahir mazhab fiqh yang baru wahai Amsyari, tapi ini adalah fiqh sejati
dari ilmu pengetahuan bashirah Rasuulillah SAW, kerana itu engkau akan dapati Imam
Mahdi mencantas habis segala yang dikatakan dan diyakini dari Nabi SAW, padahal
jelas bertentangan dengan muhkam Kitabullah, contohnya perihal keyakinan MELIHAT
ALLAH, kekeliruan memahami WASILAH dan SYAFAA"AT, keyakinan bahawa PERBEZAAN
PENDAPAT ADALAH RAHMAT, keyakinan tentang Dajjal yang bermata satu dan mampu
menghidupkan, mengenai JASAD ISA AS yang dikatakan diangkat ke langit, padahal
yang benar adalah ISA PUTERA MARYAM telah disucikan dan dibaringkan di dalam
TABUT SAKIINAH sebagai Ar-Raqiim, dan juga keterangan-keterangan lain hanya
dari Al-Mahdi tentang perkara-perkara besar akhir zaman.
Adapun
mengenai 'saham puak anti hadits', mereka juga mendapat seruan haq dari
Al-Mahdi
Al-Muntazar,
yang menegaskan kepada mereka terhadap kekeliruan mereka menolak seluruh hadits,
padahal hakikatnya hadits yang haq itu, sejalan dengan muhkam ayat dan hadits
yang batil itu, pasti bertentangan dengan Kitabullah.
سلام على المرسلين والحمد
لله رب العالمين
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wahai kaumku yang dirahmati Allah SWT,
tiadalah seseorang menulis melainkan di sisinya ada malaikat pencatat yang setia..
Maka tulislah demi keredhaan Tuhanmu, demi kebenaran sejati yang dititipkanNya padamu untuk dinyatakan...