بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة والسلام على محمد النبي الأمي وعلى إخوانه من الأنبياء
والمرسلين
وعلى آلهم
الطاهرين الطيبين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
BERIKUT ADALAH BAHAGIAN SUMPAH
YANG TIDAK PERLU PENULIS KOMENTARI TERLALU BANYAK.
BIAR ALLAH SWT YANG MENENTUKAN
DAN MEMBALAS SI PENDUSTA
إنه لو تعلمون يا جماعة والله لقسم عظيم
BERIKUT INI DINYATAKAN OLEH
AMSYARI
Menjawab Sumpah Pemuda Bani Tamim Lombok
ABDUL AZIZ YANG MENGAKU SEBAGAI PEMUDA BANI TAMIM MENULIS KEPADA
SAYA :
Kalau kalian ingin saya bersumpah dengan sumpah yang tak pernah
terucap dari siapa pun maka saya akan bersumpah.
Tapi ingat sumpah saya tidak bermanfaat sedikit pun jika kalian
tidak percaya kepada bayan (keterangan) dari alqur'an oleh Imam Naser Muhammad
AlYamani
ASYHADU ANLA ILAHA ILLALLOH
WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLOH
WA ASYHADU ANNA NASIR MUHAMMAD ALYAMANI HUA AL-MAHDI AL-MUNTAZHAR
AKHIRU KHULAFAAILLAHI FIL ARDH
Aku bersumpah demi Alloh yang Agung jika dakwahanku atas diriku
adalah dusta maka aku sangggup dan rela ditempatkan di jantung neraka yang
terpanas selama-lamanya, dan aku sanggup menanggung seluruh dosa orang-orang
yang meyakini Imam Naser sebagai AlMahdi AlMuntazhar dan aku sebagai Pemuda
Bani Tamim jika ternyata di kemudian hari imam dan aku bukanlah seperti yang
mereka yakini.
Saksikanlah sumpahku ini oleh kalian dan Alloh juga adalah saksi
atas sumpahku..
dan sumpah ini sebarkan ke siapa saja yang kalian kenal
(Abdul Aziz Muhammad Nasir Ahmad Abdul Ghani Al-Anfenani
Al-Indunisiy)
Tanda tangan saya (4JJI) ..
---------------------------------------
Ustadz Zulfikar silahkan anda bersumpah bilang saja kami ini
pendusta dengan sumpah kamu dan kamu jamin pengikutmu seperti saya menjamin
pengikut saya dan pengikut Imam Naser.
JAWAPAN KEPADA ABDUL AZIZ :
Tuan Abdul Aziz.
Kaedah bersumpah seperti ini memang agenda biasa pada mana-mana
ajaran sesat apabila ternyata Al-Quran dan As-Sunnah tidak menyokong ajaran
mereka, lebih-lebih lagi apabila hujah-hujah mereka sudah longgar lalu runtuh.
Untuk pengetahuan anda, sudah banyak kali saya berhadapan dengan pelbagai
bentuk ajaran sesat, maka banyak lenggok silat mereka sudah saya sedia maklum.
Cara ajaran-ajaran sesat itu berhujah lebih sama sahaja. Kaedah bersumpah
seperti ini pun sebenarnya satu taktik yang sudah sangat kuno. Di Malaysia ada
seorang yang mengaku dan diangkat sebagai rasul, dan salah satu sandaran yang
digunakannya ialah kaedah bersumpah juga. Hal ini kerana :
“Yang benar sudah datang dan yang bathil sudah lenyap. Sesungguhnya
yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.” (Al-Isra’ : 81)
Dengan kaedah bersumpah murahan seperti ini wahai Abdul Aziz, anda
memang boleh menarik orang-orang awam yang jahil, namun orang-orang yang
berfikir panjang tidak akan terpedaya.
Bukankah Allah sudah mengatakan :
“Dan tiadalah mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang
MENGGUNAKAN AKAL FIKIRANNYA.” (Al-Baqarah : 269).
Orang-orang yang tidak mahu menggunakan akal fikirannya, tetapi
BERTAQLID BUTA kepada Nasser Mohamed dan anda wahai Abdul Aziz, memang akan
menjadi lembu tunggangan kalian.
Satu hal yang pasti, kami yang menolak dakyah anda tidak meminta pun
kamu bersumpah. Kami minta hujah-hujah yang ilmiah yang mesti kalian
bentangkan, sebagai menjawab segala kesalahan dalam ajaran yang kamu bawa ini.
“Berikanlah keterangan-keterangan kamu, jika kamu orang yang benar.”
(Al-Baqarah : 111)
Sehingga kini anda dan para pendukung anda masih gagal memberi
penjelasan, sebaliknya hanya mampu memberi sumpah seranah, ancaman azab, atau
beri link ke forum Si Nasser sahaja. Kemudian menghina seluruh ulama Ahli
Sunnah wal Jamaah kononnya mereka memecah-belahkan umat Islam dengan mengadakan
mazhab-mazhab. (Bukankah kalam Si Imam Nasser sendiri mengatakan diri dan
pengikutnya bukan Ahli Sunnah wal Jamaah (Sunni)? ) Itu sahaja yang pemuda Bani
Tamim mampu lakukan? Bagaimana mahu membawa panji-panji Al-Mahdi?
Allah sudah berpesan kepada kita :
“Dan janganlah engkau patuhi setiap orang YANG SUKA BERSUMPAH dan
suka menghina.” (Al-Qalam : 10)
Sebab itu sumpah murahan anda ini tidak ada nilainya bagi kami. Kami
tahu, anda sudah tergugat dengan pembongkaran-pembongkaran yang kami lakukan.
Sebab itu kini anda mempraktikkan teknik bersumpah sebagai perisai kamu, dengan
harapan kami akan mengatakan : “Wahhh, hebatnya Si Abdul Aziz! Kalau sebegitu
hebat sumpahnya, maka nyatalah dia orang yang benar!”
Malangnya… hal itu tidak akan berlaku, kerana kami sudah masak benar
dengan helah-helahmu, sebagaimana yang diterangkan oleh Allah SWT sendiri :
“Mereka MENJADIKAN SUMPAH-SUMPAH MEREKA SEBAGAI PERISAI, lalu mereka
menghalangi dari jalan Allah. Sungguh, betapa buruknya apa yang telah mereka
kerjakan. Yang demikian itu sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi
kafir, maka hati mereka dikunci, sehingga mereka tidak dapat mengerti.”
(Al-Munaafiquun : 2-3)
Kami yakin, sebelum menganut ajaran Si Nasser, dulunya anda dan
orang-orang anda menganut faham Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. Tapi sekarang
kalian sudah berubah.
MENAMBAH SYAHADAH seperti yang anda lakukan wahai Abdul Aziz juga
bukan daripada ajaran Islam. Apabila anda meletakkan kalimah “wa” (yang
bermaksud “dan”), itu penambahan syahadah yang mungkar. Jika anda tidak
meletakkan “wa” di situ, masih boleh dipertimbangkan. Maka apabila berlaku
penambahan syahadah sebegitu, jelas-jelas anda sedang menganut ajaran sesat.
Perlakuan seperti ini dikisahkan oleh Allah SWT sebagai :
“Maka pernahkah kamu melihat orang-orang yang menjadikan hawa
nafsunya sebagai Tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya,
dan Allah sudah mengunci mati pendengaran dan hatinya, dan meletakkan penutup
atas penglihatannya.” (Al-Jaasiyah : 23)
Kepada para peminat Nasser dan
Abdul Aziz, tinggalkanlah kaum-kaum yang suka-suka hati menyelewengkan syahadah
seperti ini. Biarkanlah mereka berdua sahaja yang sesat, kalian
kembalilah ke pangkal jalan, ke pangkuan Ahli Sunnah wal Jamaah. Kepada anda
wahai Abdul Aziz, pulanglah ke pangkuan ASWJ. Tinggalkan Si Nasser itu. Dan
jika anda berkemampuan, dakwahkan agar Si Nasser
juga kembali ke dalam pelukan ASWJ.
Dalam Islam, kaedah bersumpahnya juga tidak melalut-lalut seperti
yang anda pamerkan. Cukup dengan “Wallahi” dan jika perlu cukup dengan tambahan
“laknat Allah ke atas aku.” Saya faham, anda mengarang sumpah yang sebegitu
dengan harapan dapat meraih simpati dan menakluk hati-hati orang lain. Ia tidak
lebih daripada kata-kata manis untuk mengaburi mata.
Yang akhirnya, jika kamu kepingin benar hendak mendengar saya
bersumpah, yah, saya akan berikan satu, iaitu pada bahagian yang paling
penting, iaitu dari sudut aqidahmu.
Daripada tulisan-tulisan sebelum ini, kita sedia faham yang ada
SESUATU masuk ke dalam diri anda hinggakan anda berasa sakit, dan benda itu
berkata-kata di dalam diri anda. Kita petik tulisan berkaitan :
“Kemudian ibunya (ibu kepada Abdul Aziz) bertanya kepadanya (Abdul
Aziz) : “Kenapa kamu nak (anak)? Ada
apa denganmu?” Dia menjawab : “Ada SESUATU YANG MASUK DALAM DADAKU dengan
melafazkan : “Alqiyamah, Alqiyamah.”
Kemudian SESUATU yang masuk ke dalam badan anda itu berkata :
“Kamu adalah CUCU (keturunan) NABI IBRAHIM yang membangun Ka’abah.
Dia (Nabi Ibrahim) membangun Ka’abah ini UNTUKMU.”
Hebat! Anda tiba-tiba menjadi cucu Nabi Ibrahim. Adakah cerita
tentang cucu Nabi Ibrahim di akhir zaman ini dalam Al-Quran dan hadith? Lebih
hebat lagi, Nabi Ibrahim membina Ka’abah itu adalah untuk anda! Dalam Quran,
adakah kisah yang mengatakan Nabi Ibrahim membina Ka’abah itu untuk Abdul Aziz
yang akan datang pada akhir zaman nanti?
Kemudian anda dinampakkan satu makhluk besar bersayap yang memukul
air laut yang diyakininya sebagai Malaikat Jibril. Terjadi lagi dialog antara
anda dengan SESUATU yang masuk ke dalam diri anda:
“Jika (yang bersayap) itu adalah Jibril, maka siapakah engkau (yang
sedang berada dalam diriku ini)?” Di sinilah SESUATU yang memasuki dirinya
menjawab : “AKULAH ALLAH YANG MAHA SUCI DAN AGUNG, TUHANMU DAN TUHAN SEMESTA
ALAM.”
Oleh itu, saya mengatakan :
“Wallahi, yang masuk ke badan anda dan berkata-kata dengan anda itu,
yang anda akui sebagai Tuhan itu bukanlah Allah.”
Allah SWT tidak terpengaruh dengan tempat, posisi, luar dalam,
keluar masuk, arah, sempadan, batas, tepi dan lain-lain. Yang terpengaruh
dengan itu semua tidak lain ialah makhluk, yang mengaku sebagai Allah.
“Aku berlindung dengan Rabb manusia, Penguasa manusia, Ilah manusia,
daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, YANG BERKATA-KATA
KE DALAM DADA MANUSIA, dari kalangan jin dan manusia.” (Surah An-Naas)
Makhluk inilah yang masuk dan berkata-kata di dalam dadamu, lalu
mengaku sebagai Allah, wahai Abdul Aziz.
Wahai Abdul Aziz dan para penyokong Abdul Aziz, kembalilah kalian ke
jalan yang lurus, jalan Ahli Sunnah wal Jamaah. Saya bukan suka
bersumpah-sumpah seperti anda, tapi sekadar untuk anda mengerti, saya tidak
gentar mempertahankan kebenaran. WaAllahua’alm.
Abu Zulfiqar
14 OGOS 2012
1.52 a.m.
WAHAI PEMBACA YANG DIRAHMATI ALLAH, AMBILLAH PELAJARAN DARI KISAH-KISAH
PARA NABI DAN RASUL YANG MENERIMA WAHYU DARI ALLAH SWT. KETAHUILAH BAHAWA
AL-MUHADDATSUUN DI KALANGAN UMAT MUHAMMAD RASULULLAH SAW, MEREKA JUGA MENERIMA PESAN-PESAN WAHYU DARI
ALLAH SWT, HANYA SAHAJA MEREKA TIDAK MENERIMANYA DENGAN MEMBAWA SYARI'AT BARU, MEREKA
HANYA MENJELASKAN DAN MEMBENARKAN BERITA-BERITA WAHYU
AL-QUR'AN.
MENGENAI SUMPAHAN YANG MELALUT TUDUHAN AMSYARI INI, KETAHUILAH BAHAWA
NABI SAW TIDAK HANYA PERNAH BERSUMPAH
DENGAN LAFAZ
واللهِ
ATAU
باللهِ
ATAU
تاللهِ
BAHKAN RASULULLAH SAW JUGA PERNAH BERSUMPAH
والذي نفسي بيده
YANG BERMAKNA
"DEMI DZAT YANG JIWAKU INI DI
TANGAN-NYA"
ADAKAH SUMPAH SELAIN
واللهِ
SEPERTI DEMIKIAN INI MELALUT?
BAHKAN SEMUA UTUSAN-UTUSAN ALLAH
AKAN
BERSUMPAH DENGAN NAMA-NYA
KEMUDIAN MENEGUHKAN SUMPAH MEREKA
DENGAN MENYATAKAN
SIFAT-SIFAT DZAT YANG DENGAN
NAMA-NYA MEREKA BERSUMPAH.
SAUDARAKU ABDUL AZIZ MUHAMMAD
NASIR AL-MAKKI TELAH BERSUMPAH DENGAN SUMPAH YANG BESAR,
SESUAI DENGAN KEYAKINAN YANG
TELAH ALLAH SWT TANCAPKAN KE DALAM HATINYA, DAN SEMUA YANG DIPERLIHATKAN ALLAH
MELALUI VISI-VISI YANG DITERIMANYA TELAH TERBUKTI, DIA HANYA MENYAMPAIKAN KISAH
SPIRITUAL YANG DIALAMINYA DEMI MENUNAIKAN TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI PENERIMA PESAN.
PENULIS AKAN COPAS PESANAN PENTING ITU
“Wahai Cucu Yang Membangun Ka’bah!
Beritakan Kepada
Keluargamu dan Sampaikan Kabarmu Kepada Nashir Muhammad Bahwa Kamu Telah
Menemukannya dan Kasih Tahu Dia di Mana Kamu Berada, Ceritakan pula Kisahmu
Kepadanya, Serta Kabarkan Kepada Seleruh Manusia di Bumi Bahwa al-Mahdi Yang
Kamu Tunggu Telah Datang dan Planet Api (Saqor) Itu Telah Sangat Dekat dan
Sekarang Dia Telah di Pintu, Beritakan Pula Kepada Mereka Siapa Dirimu
Sebenarnya, Jangan Ada yang Kamu Tutup-Tutupi, Gemparkan dan Katakan dengan
Sebenarnya, Gemparkan dan Katakan dengan Sebenarnya, dan Kasih Tahu Mereka
Siapa Yang Berbicara Denganmu (Mengabarimu)”
-sumber-
ABU ZULFIQAR AMSYARI JUGA TELAH
MENJAWAB SUMPAH ITU, WALAUPUN AKHIRNYA DIA BERKATA
WaAllahua’alm
PELIK JUGA DIA MENGAKU "ALLAH LEBIH TAHU" TAPI TERNYATA DIA TELAH
MENUDUH DAN MEMFITNAH
SEBELUM MEMBACA KETERANGAN-KETERANGAN AL-MAHDI KECUALI SEDIKIT, PADAHAL
TELAH TERBUKTI PERISTIWA TSUNAMI,
DAN TELAH TERLAKSANA JANJI KEDATANGAN
AL-MAHDI BERSAMA KETERANGAN
AL-QUR'AN MENGENAI PLANET API.
WAHAI PEMBACA YANG DIRAHMATI ALLAH SWT, BERDASARKAN SELURUH OCEHAN YANG
TELAH PENULIS NYATAKAN PADA BAHAGIAN-BAHAGIAN FITNAH YANG AMSYARI BUAT, SESUNGGUHNYA
TELAH DIKETAHUI SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG TULI, PARA PEMBACA YANG
MEMPUNYAI HATI DAPAT MENILAI SENDIRI BAHAWA SI AMSYARI INI TELAH TERGESA-GESA
MENYATAKAN TENTANG AL-MAHDI, TANPA PENGETAHUAN LAGI TANPA PETUNJUK YANG BENAR
DARI KALAM ILAAHI, SEPATUTNYA KETIKA KITA MENERIMA KETERANGAN INI PERTAMA KALI,
KITA BERSEGERA KE FORUM BUSYRO AL-ISLAMI RASMI MILIK AL-MAHDI, UNTUK MEMBACA
KETERANGAN-KETERANGAN BERUPA BAYANUL HAQ LIL QUR'AAN DZIZ ZIKRI, MENTADABBURI
AYAT-AYAT ILAAHI DAN MEMIKIRKAN ADAKAH ORANG INI BENAR-BENAR AL-MAHDI ATAU HANYA PENDUSTA TAK BERHATI.
DAN
SEKIRANYA KITA DAPATI KENYATAAN-KENYAATAANNYA ADALAH HAQ DARI AL-HAQ YANG TIDAK BISA DIPUNGKIRI, PASTI
KITA AKAN BERSEGERA MENGIKUTI DAN TAAT SETIA BERJANJI, WAL HAQQU AHAQQU AY
YUTTABA' DAN SEKIRANYA KITA DAPATI DIA SEORANG PENDUSTA LAGI SOMBONG, MAKA
TENTU KITA AKAN SEGERA MENDEBATNYA DI FORUM, DEMI MEMPERTAHANKAN DAN MENYELAMATKAN
KEIMANAN SAUDARA-SAUDARA MUSLIM KITA, BUKAN DENGAN MENULIS FITNAH DALAM BAHASA
MELAYU TANPA MEMBACA KETERANGAN YANG BENAR KECUALI SEDIKIT SECARA TERBURU-BURU DAN AKHIRNYA SESAT LAGI MENYESATKAN. ADAPUN JIKA KITA TIDAK MAMPU MEMBACA DENGAN
BAIK BAYAN-BAYAN AL-MAHDI, BAGAIMANA MAHU MENDEBATNYA
??
BUKANKAH SEPATUTNYA KITA LEBIH LAYAK MENGATAKAN
"DEMI ALLAH, SEKIRANYA ABDUL AZIZ BERDUSTA
MAKA DIA-LAH YANG MENANGGUNG KEDUSTAANNYA
DAN SEKIRANYA ABDUL AZIZ BENAR, MAKA APA YANG DIANCAMKANNYA PASTI AKAN MENIMPA KITA"
DAN AKU KATAKAN
"DEMI ALLAH, SEKIRANYA ABDUL AZIZ BERDUSTA
MAKA AKU TERMASUK YANG AKAN MENANGGUNG AKIBATNYA
DAN SEKIRANYA ABDUL AZIZ BENAR, MAKA ENGKAU ABU ZULFIQAR
TELAH LAYAK DIMAMAH SUMPAHANMU SENDIRI JIKA TIDAK SEGERA BERTAUBAT"
BERTAUBATLAH SELAGI ENGKAU
MASIH PUNYA KESEMPATAN
UNTUK ITU
السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين وسلام على المرسلين
والحمد لله رب العالمين
Ha hahaha hahahahah hahhahahahaahhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mabuk mabuk mabuk semua gila .... woiii sedar lah dan mengucaplah kalimah sahaadat ...
BalasPadamSALAAMUN 'ALAA MANIT_TABA'AL HUDAA
PadamHEI TANPA NAMA, DAH LA MASUK TANPA SALAM,
EJA SYAHADAH BAHASA MELAYU PUN SALAH!!
ENGKAU NI ANAK MELAYU LULUSAN YAHUDI KE??!!